PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, July 24, 2011

PAS dan PKR : Menipu dan putarbelit fakta perlu, dosa nombor dua..!

Dari dulu sehingga sekarang, sikap pembangkang cuba memanipulasikan fakta tidak kira Pas, DAP dan PKR, kesemuanya mempunyai kepentingan sendiri iaitu cuba menipu rakyat terhadap kebenaran yang tidak wujud. Membesarkan isu-isu kecil sehingga ia tidak sewajarnya digembar-gemburkan menjadi amalan setiap hari pembangkang dalam menipu rakyat dan menjadikan pembangkang terus relevan.

Namun terbaru sikap penipu dan kebodohan pembangkang kian terserlah setelah mereka menyifatkan video seks Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan wanita adalah satu fitnah. Tetapi menerima video yang diubahsuai dalam perhimpunan Bersih sebagai satu fakta kononnya revolusi sedang berlaku biarlah hakikatnya, perhimpunan haram Bersih telah gagal.

Terbaru Portal berita propembangkang dikesan mengubah video berhubung kejadian yang berlaku pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu, bagi memburukkan imej polis.

Tindakan pihak berkenaan dianggap melampau apabila mereka dikatakan membuat teknik ubahan (tampering) pada klip video itu. Hasil himpunan video yang diperoleh untuk didedahkan kepada umum, polis mendapati terdapat klip yang dibuat pertindihan suara.

Selain itu, polis juga telah memperoleh video asal tentang dakwaan blog-blog tertentu bahawa polis bertindak membiarkan seorang lelaki yang memerlukan bantuan perubatan dalam keadaan bergari.Dakwaan dan tohmahan yang dibuat kononnya polis telah bertindak kejam dan mengamalkan kekerasan melampau adalah tidak benar.

"Terdapat video yang menunjukkan tindakan seorang peserta perhimpunan haram yang sanggup menunggu kedatangan polis untuk memulakan kekacauan".

Dalam klip video tersebut, penunjuk perasaan itu dilaporkan duduk bersila sambil memberitahu rakannya yang lain, 'dia (polis) tak datang, kita (penunjuk perasaan) gagal," merujuk kepada usaha mereka untuk menunggu kehadiran polis sebelum menimbulkan provokasi.

Rakyat perlu melihat bagaimana usaha peserta perhimpunan berkenaan yang sebenarnya mencipta provokasi terhadap polis. Masyarakat juga perlu menilai ketelusan yang diuar-uarkan portal berita propembangkang apabila mereka sanggup membuat pertindihan suara dan teknik ubahan dalam video yang diambil.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox