PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, July 30, 2011

Jemputan Ku Li menyertai pembangkang jelas membuktikan mereka 'ketandusan' pemimpin berkaliber..!

Biarpun pembangkang ada pemimpin tersohor seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang dan banyak lagi nama, namun pemimpin Umno dari Gua Musang juga dipilih untuk menerajui pembangkang jika Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap kerana kesalahan meliwat.


Bukankah ini satu perkara yang memalukan, bahawa kesemua pemimpin pembangkang yang ada menerajui di empat negeri Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah tidak seorang pun berkelayakan menjadi pemimpin negara.

"Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai jemputan pembangkang terhadap anak raja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah untuk memimpin pakatan rakyat adalah satu penghinaan kepada pemimpin DAP, PKR dan Pas,"

Apa yang berlaku langsung membuka mata banyak pihak menggambarkan pembangkang sudah ketandusan pemimpin, malah ia membuktikan Umno mempunyai ramai pemimpin berkaliber untuk menerajui negara dan parti politik yang lebih dinamik. Tengku Razaleigh merupakan pengarah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas dan ketua kempen pada pilihan raya kecil Galas di dalam kawasan Parlimen Gua Musang.

Amat memeranjatkan kepada negeri diperintah Pas, kawasan Galas yang menjadi kubunya semasa allahyarham Che Hashim Sulaima telah dirampas pada pilihan raya kecil 4 Nov tahun lepas oleh calon Umno yang muda, Abdul Aziz Yusoff dengan majoriti 1,190 undi.

Kesemua itu, adalah taktik lembut tanpa ceramah di pentas Umno dan Barisan Nasional yang telah dirancang strateginya oleh Tengku Razaleigh sendiri.

Kekalahan Pas di Galas membuka laluan besar kepada BN untuk menang seterusnya dalam beberapa siri lagi pilihan raya kecil melawan pembangkang termasuk pilihan raya negeri Sarawak.

Apapun, Tengku Razaleigh pernah berkata hidup dan matinya pada kerjaya politik adalah di dalam Umno.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox