PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, July 07, 2011

Harakah dah jadi lidah rasmi pembelit cerita sebenar...!

Setelah isu perpindahan 415 peniaga ke Bazar kononnya Tok Guru, Pas kini cuba menutup malunya akibat memungkiri janji terhadap para peniaga itu dengan menuduh Umno yang sengaja mencetuskan isu. Lidah rasmi Pas yang bercabang-cabang, Harakahdaily telah membuat tuduhan palsu kononnya 415 ahli persatuan peniaga Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Arked Uda sengaja mencetuskan isu masalah perpindahan mereka ke Bazar Tok Guru.

Taktik penipuan Harakah itu cuba menutup kebenaran keluhan para peniaga yang rasa tertipu oleh kepimpinan kerajaan Pas Kelantan setelah mereka gagal menunaikan janji mereka pada pilihan raya umum 2008. Malahan Harakah cuba menutup kelemahan kerajaan negeri dengan mendakwa isu Bazar Tok Guru menjadi kalut apabila campurtangan Umno Kota Bharu dan Kelantan dan lebih setahun kerajaan negeri dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menjadi mangsa kritikan media massa.

Kata Harakah daily...

"Kemuncaknya Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh mencetak risalah dikenali sebagai Khabar dan diedar di masjid-masjid bagi menghentam kerajaan negeri,"

Hakikatnya campurtangan itu berpunca rasa tidak puas hati para peniaga terhadap kerajaan Pas berikutan janji yang ditabur oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah menyediakan lot kedai baru di Bazar Tok Guru bernilai RM40,000 setiap lot dengan keluasan yang selesa.

Setelah tiga tahun menunggu, pada awal tahun ini kerajaan Pas telah menawarkan harga lot kedai itu dijual RM63,000 manakala keluasan lotnya diibaratkan peniaga seperti "lubang kubur" kerana sempit.

Difahamkan, pada peringkat awal peniaga dijanjikan ruang niaga seluas 3.04 x 3.65 meter persegi, sebaliknya ruang niaga yang disediakan di Bazar Tok Guru hanya berukuran 1.82

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox