PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, July 05, 2011

Apakah muslihat seterusnya penganjur Bersih 2 ingin mengadap YDP Agong?

Apakah muslihat seterusnya yang akan diputarkan oleh penganjur Bersih 2 setelah bercadang untuk berjumpa dengan Seri Paduka Baginda YDP Agong? Cadangan ini dibuat oleh pengerusinya Ambiga beserta 70 NGO yang mewakil Bersih 2. Kata Ambiga..>DISINI<

"Kami mahu menyampaikan keputusan kami kepada Seri Paduka dan kemudian kami akan mengumumkan (keputusan kami)," kata Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

Buat masa ini, katanya, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dan memutuskan ia ia "mematuhi" titah Seri Paduka yang dikeluarkan malam tadi.

Dalam perkembangan lain, PAS turut menghantar wakil untuk bersama-sama penganjur Bersih 2 bagi mengadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Mizan. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Mat Sabu merangkap Timbalan Presiden PAS Pusat yang turut mengadakan perjumpaan tergempar berhubung titah ucapan YDP Agong.

Yang menariknya, Mat Sabu tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan perhimpunan Bersih 2 pada 9 Jul 2011 akan datang. Kata Mat Sabu..>DISINI<

"(Batalkan perhimpunan) itu tidak berbangkit sebab BERSIH tidak batalkan," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, PAS bagaimanapun akan tetap menyokong keputusan yang akan diambil oleh BERSIH berhubung perhimpunan berkenaan, katanya lagi ketika ditanya.

Katanya, PAS akan mempersembahkan antara lainnya isu berhubung tindakan melampau yang dilakukan polis dalam usaha pasukan berkenaan untuk menghalang perhimpunan BERSIH.

Sementara itu, Mahfuz mencelah menyarankan agar pihak polis menghentikan penangkapan ke atas mana-mana pihak bersesuaian dengan titah YDP Agong supaya mengadakan rundingan. Pelik dan aneh, jika alasan itu diberikan kerana sebelum ini, pihak polis ada memberi ruang untuk rundingan. Tetapi oleh kerana sikap angkuh dan keras kepala pemimpin PAS, polis bertegas menutup pintu rundingan. Justeru itu, siapa yang bersalah dalam hal ini?

Selain itu, PAS sengaja mewawarkan bahawa titah ucapan YDP Pertuan Agong supaya kerajaan bertindak adil ke atas rakyat sebagai satu pengiktirafan. Memang jenis muka tak malu. Kenapa saya berkata demikian? Ringkasnya ungkapan itu hanya dalam dua baris ayat tetapi yang selebihnya tidak dinyatakan oleh mereka. Kenapa mereka tidak mengutarakan ungkapan yang panjang lebas oleh YDP Agong sepertimana di bawah..

"Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox