PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, June 20, 2011

Takkan PKR nak bolot semua kawasan kot..!!! Mabuk tuak DAP dan PAS

Jawatankuasa pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyenarai pendek hampir 60 peratus calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, yang menyaksikan beberapa muka baru.

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata senarai itu akan diserahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta biro politik PKR dalam tempoh dua minggu, untuk dipertimbang dan disahkan.


"Mereka yang terpilih namun tidak menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini, tidak akan dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Juga tidak ada jaminan mereka yang menang sebelum ini akan dibenar bertanding semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvensyen pemilihan parti itu.

Azmin berkata calon yang terpilih perlu menjalani tapisan ketat bagi memastikan mereka komited terhadap parti selain mampu berkhidmat untuk rakyat.

"Pengalaman lampau mengajar kita agar lebih berhati-hati memilih calon," katanya sambil menambah parti itu mahu mengekalkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Bagaimanapun, katanya, akan berlaku pertukaran kerusi dengan rakan pembangkang PAS dan DAP di kawasan PKR kalah.

Beliau juga berkata parti itu akan terus meletakkan calon di kawasan campuran yang mempunyai jumlah pengundi sama rata dari pelbagai kaum.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox