PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, June 08, 2011

Pilihanraya Masjid : Isyarat baru kebangkitan rakyat menghukum Pakatan Rakyat sepertimana yang berlaku di Terengganu tahun 2004..!

Salam..

Agak tertarik juga untuk mengupas isu pilihanraya masjid yang bakal diadakan di Pulau Pinang dan negeri-negeri yang sekutu dengannya. Dalam isu ini, ada kebaikan dan keburukanya yang terpaksa di hadapi oleh Melayu Islam khususnya di negeri yang diperintah oleh "Pakatan Rakus".

Idea yang diketengahkan oleh EXCO agama Pulau Penang ini sebenarnya disokong seratus peratus oleh Lim Guang Eng kerana satu lagi strategi idealogi komunis yang masih subur di dalam kepala pemimpin ini dengan mudah diterima tanpa meikirkan implikasi kepada perpaduan yang terjalin dikalangan qariah masjid selama ini.

Jika tuan-tuan masih ingat semasa pemerintahan PAS di Terengganu pada tahun 2000-2004 telah diwujudkan satu jawatankuasa kecil di peringkat kampung yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR).Ketika itu, jawatankuasa kecil diperingkat kampung terbahagi kepada dua iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dibawah seliaan Kerajaan Pusat. Manakala satu lagi JSR yang diberi kuasa khas oleh Kerajaan Negeri pimpinan PAS.

Oleh sebab terlalu ghairah setelah diberi sedikit kuasa oleh kerajaan negeri, JSR mula menampakkan kebongkakan serta suka bertindak membabi buta dalam segala hal, Antaranya melibatkan pemilihan jawatankuasa masjid yang mana ketika itu hampir 90% senarai yang menganggotai jawatankuasa masjid dikuasai oleh kariah dari kalangan parti PAS.

Justeru itu, mereka boleh melakukan sesuka hati mengenai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh masjid sehingga timbul kebanyakan masjid yang membaca khutbah Jumaat menggunakan teks sendiri tanpa menggunakan teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

Seperkara lagi yang menarik mengenai JSR, mereka begitu rakus mencari tanah-tanah kerajaan kosong untuk dibuka lot-lot baru kononnya untuk diagihkan kepada rakyat walhal kebanyakan yang tersenarai majoritinya dari kalangan orang-orang PAS. Sehingga kini masih banyak kawasan yang diteroka oleh JSR terbengkalai ekoran kejatuhan kerajaan PAS pada PRU tahun 2004.

Akibat kerakusan gila kuasa, akhirnya PAS telah dihukum oleh rakyat Terengganu setelah kalah teruk dalam PRU tahun 2004 ditambah pula dengan  kebangkitan "Gelombang Biru" yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat ketika itu.

Jika diamati, isu pilihanraya masjid yang cuba diperkenalkan oleh Pulau Pinang hari ini seakan-akan sama dengan rentetan peristiwa kejatuhan kerajaan PAS kepada BN pada tahun 2004 yang ketika itu dipimpin oleh Hj Hadi Awang.

Oleh kerana terlalu rakus dengan idea yang tidak kena pada tempatnya, kerajaan negeri DAP dan PKR di Selangor sengaja mencari nahas dan sudah tentu memberi kelebihan kepada kerajaan BN untuk mendapat kembali sokongan rakyat.

Saya percaya, kesannya cukup ketara kepada Melayu Islam sekiranya perkara ini dilaksanakan. Antaranya, sudah pasti akan wujud perpecahan dikalangan kariah masjid yang selama ini masih praktikal menggunakan sistem perlantikan sediada. Saya masih tertanya-tanya apakah kaedah yang akan dilakukan untuk melakukan plihanraya berkenaan? Adakah ianya signifikan kepada umat Islam yang selama ini berpegang kepada konsep ukhuwah dalam melantikan mana-mana individu yang layak memegang jawatankuasa masjid?


Ini semua kena berbalik kepada siapa yang mentadbir negeri itu kerana sudah jelas di Pulau Pinang, DAP menjadi petualang kepada orang-orang Melayu dengan sandiwara yang cukup berkesan seolah-olah melekat di kepala umat Islam untuk mempertahankan parti cauvinist DAP.

Ingat!! pemimpin melayu Pakatan Rakyat di Pulau Pinang hari ini hanya menjadi patung boneka semata-mata untuk diketuk, ditendang, dipijak, digilap sekali sekala untuk mengaburi mata rakyat. Bagi saya, apa yang berlaku di negeri itu, amat menyedihkan...Wasalam.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox