PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, June 23, 2011

Penganjur Bersih 2.0 memang jenis bahalol bercampur 'tolol'


Demi untuk mencapai sasaran jumlah yang besar nampaknya pembangkang mula menggunakan tipu daya bagi mengelirukan rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih. Nampaknya sudah ada gerakan untuk mengelirukan rakyat khususnya masyarakat di luar Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan haram itu kononnya tawaran lawatan percuma ke ibu negara.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua wakil rakyat di negeri ini turun padang bagi menerangkan kepada rakyat motif sebenar perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Jelas beliau semua wakil rakyat diminta menasihati penduduk di kawasan masing-masing supaya tidak terpengaruh dengan ajakan pihak yang sanggup menanggung kos pengangkutan, penginapan dan makan minum atau tawaran program lawatan percuma ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan jalanan haram itu.

“Perhimpunan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat malah memberi pelbagai bentuk kerugian termasuk menganggu-gugat keamanan dan keharmonian negara serta menjejaskan aktiviti perniagaan”.

Sambil menyifatkan penganjur perhimpunan itu sebagai ‘tolol’ beliau berkata agenda penganjur perhimpunan itu hanyalah mahu mendatangkan huru-hara, mencetuskan perbalahan antara kaum dan pertelingkahan sesama rakyat.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox