PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, June 06, 2011

PAS semakin terdesak mendapat sokongan Melayu dan perlu kembali kepada sejarah..!

Salam perjuangan…

Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951). Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang). PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.

Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.

Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah. PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.

MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Pernah pada tahun 1995, satu buku telah diterbitkan oleh Dewan Muslimat PAS mengenai pendirian Presiden PAS , Hj Hadi Awang yang menceritakan konsep ‘penubuhan Negara Islam’ di Malaysia. Namun, ianya setakat tertulis sahaja dengan mata pena tetapi perlaksanaannya tidak sepertimana yang dicatit. Malah PAS dillihat agak keberatan untuk meneruskan agenda Islam yang dicanang kerana dibatasi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya DAP yang selalu mencari jalan menentang idea islamik PAS.

Namun, apa yang berlaku hari ini amat mengejutkan kerana apa yang dilaungkan selama ini telah dibuang ketepi dan tidak penting. PAS hari ini sudah lupa sejarah mereka bagaimana usaha pemimpin yang terdahulu laung-laungkan.

Hari ini PAS sudah menjadi boneka dan pak turut yang begitu setia kepada DAP dan PKR sehingga mereka tidak berdaya untuk menyatakan pendirian Apa yang diperkatakan oleh DAP dan PKR adalah ‘YA’ kepada parti PAS. Banyak isu-isu yang melibatkan pemimpin dalam pakatan PAS tidak diendahkan malah menyangkal dengan penuh yakin meskipun mereka tahu apa yang didedahkan itu ada kebenarannya.

PAS sebenarnya sudah tersepit di dalam kancah penipuan politik oleh rakan-rakan pakatan mereka. Negara berkebajikan yang menjadi intipati perjuangan baru parti itu sebenarnya satu ‘ungkapan paksaan’ yang terpaksa diluahkan oleh Hj Hadi semata-mata untuk menyenangkan DAP dan PKR.

Jika benar, kenapa sejak bertahun-tahun PAS melaungkan slogan Membangun Bersama Islam masih tidak praktikal di negeri Kelantan khususnya. Sistem pemerintahan di negeri itu masih berada pada takuk yang lama. Dengan kata lain, ianya adalah kesinambungan daripada kerajaan yang terdahulu...AJ

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox