PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, June 22, 2011

PAS Selangor menuju ambang kepincangan ekoran perlantikan semula Khalid Samad...!

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib kembali menganggotai Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Sesi 2011/2013, yang diterajui Pesuruhjaya baru Dr Abdul Rani Osman.

Pada sidang akhbar sulungnya di sini Selasa, Dr Abdul Rani mengumumkan bahawa Khalid dilantik Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri manakala Saari dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri.
Pelantikan Saari sekaligus menyaksikan pengguguran Roslan Shahir Mohd Shahir.
Khalid dan Saari Sungib dilucutkan jawatan oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada November 2008, yang ketika itu Pesuruhjaya PAS Selangor.

Exco Selangor Iskandar Abdul Samad pula dilantik Timbalan Pesuruhjaya I manakala bekas Exco PAS Pusat Sallehen Mukhyi sebagai Timbalan Pesuruhjaya II. Dr Abdul Rani juga berkata Khairudin Othman kekal setiausaha perhubungan negeri, manakala Izham Hashim dilantik sebagai bendahari yang baru.

Dr Hasan pula dilantik sebagai anggota jawatankuasa bersama seorang lagi Exco Negeri, Dr Halimah Ali. Turut dilantik Noraini Husin, Mohd Sany Hamzan, Norhalim Sirome, Mohamad Abdul Rahman dan Mariam Abdul Rashid.

Nampak gaya Dr Hassan Ali begitu tercabar ekoran perlantikan semula Khalid Samad dalam senarai pimpinan PAS Negeri Selangor. Malah, kita juga akan dapat menyaksikan banyak kontroversi antara kedua-dua pemimpin ini yang selama ini begitu kalut dalam menyelesaikan beberapa isu sensitif di negeri itu. Yang paling ketara mengenai isu penjualan arak yang menjadi topik hangat tambahan pula Khalid Samad dilihat menjadi boneka pimpinan DAP dan PKR.

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox