PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, June 01, 2011

Nik Aziz dah terkena 'ilmu pukau' Anwar...!

Ketaksuban melampau Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Ketua Pembangkang yang terpalit dengan pelbagai skandal, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjerumuskan parti itu ke arah kebinasaan.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata “totoknya” Nik Aziz itu seolah-olah sukar dibendung dan bakal memberi implikasi kepada pola pemilihan parti itu yang menyaksikan pertembungan antara kumpulan yang condong kepada Anwar dan kepimpinan Ulama.

Menurut beliau berdasarkan “trend” terkini, golongan yang cenderung kepada Ketua Umum PKR seolah-olah sudah selamat dan hanya menghitung hari untuk memegang jawatan tinggi di dalam pucuk kepimpinan Pas sekaligus memudahkan parti itu dikuasai daripada dalaman.

Kedudukan golongan Ulama di dalam Pas hari ini umpama bagai telur di hujung tanduk dan ahli Pas di seluruh negara perlu mempersiapkan diri mereka untuk bersama-sama membawa parti itu ’bersama kepimpinan Anwar’ dan bukannya lagi bersama kepimpinan ulama.

Jika ini terjadi, jangan salahkan orang lain tetapi Nik Aziz perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana hasil tutur kata beliau menyebabkan perwakilan seolah-olah cenderung untuk memilih bersama kumpulan Erdogan dan bukannya mempertahankan kepimpinan ulama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemilihan Pas pada Jun depan yang menyaksikan pertandingan sengit di beberapa jawatan utama khususnya kerusi Timbalan Presiden Pas.

Penyandang sebelum ini, Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan ditentang oleh Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kedengaran kali ini bahawa Pas memerlukan pemimpin yang bersikap keras dalam berpolitik terutamanya apabila berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Manakala untuk Naib Presiden, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan Pas bulan depan.

Selain Husam, penyandang Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan, Idris Ahmad turut menyatakan mereka akan bertanding jawatan berkenaan. Terbaru, Datuk Mohd Amar Abdullah turut menyatakan kesediaan yang sama.

Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya memuji bagaimana sikap berkecuali yang ditunjukkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelangnya pemilihan kali ini.

Hj Hadi mungkin melihat daripada jauh perkembangan berkenaan dan beliau mungkin gundah gulana melihat perkembangan yang berlaku di dalam parti itu hari ini. Pada saya, Pas hari ini sudah berbeza dengan Pas dahulu yang mana mereka pada waktu ini berlumba-lumba untuk merebut jawatan tinggi di dalam parti dan bukannya ikhlas untuk parti.

Mungkin hari ini mereka sudah nampak “hasil mahsur” yang sudah ada di depan mata menyebabkan mereka lupa segala-galanya dan jawatan serta kepentingan tertentu menjadi pertimbangan.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox