PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Thursday, June 02, 2011

Nasharuddin Tantawi 'tegur' Nik Aziz dan Azizan Razak...!

Kerajaan PAS di Kedah dan Kelantan diminta segera mengatasi kelemahan yang ada dan sentiasa peka terhadap tuntutan rakyat.


Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata kedua-dua kerajaan negeri pimpinan PAS itu juga perlu memperkukuhkan barisan kepimpinan dan memperkasakan jentera pentadbiran kerajaan.

Bagi kerajaan negeri lain yang di bawah pimpinan PAS-PKR-DAP, mereka perlu menunaikan manifesto Pilihanraya Umum 2008 dengan penuh tanggungjawab dan amanah, khususnya yang berkaitan dengan tema 'Negara Berkebajikan', katanya dalam ucaptama pada Muktamar Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia ke-52 di sini malam Rabu.

Langkah ini, katanya bertujuan memastikan peristiwa parti pembangkang yang kalah teruk pada pilihan raya umum 2004 tidak berulang pada pilihan raya umum akan datang.

Nasrudin berkata pilihan raya umum ke-13 kelak akan menyaksikan jumlah pengundi daripada kalangan muda atau Generasi Y mencapai lebih tujuh juta orang, yang merupakan 50 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar.

Sehubungan itu, beliau berkata pemimpin negeri di bawah pimpinan PAS-PKR-DAP tidak memandang rendah kehadiran generasi muda ini.

Sumber : >BERNAMA<

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox