PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, June 02, 2011

Kekalahan Azman Shapawi sebagai Tim Ketua Pemuda PAS disabotaj oleh kumpulan pro Nik Aziz..

Nik Abduh, anak Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat menang bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda parti itu dalam pertandingan empat penjuru.


Beliau menang bergaya dengan 26O daripada 655 undi menumpaskan penyandangnya Azman Shapawi yang hanya mendapat 94 undi sahaja.

Manakala dua lagi pencabar Firdaus Jaafar dan Suhaizan Kaiat mengekor di belakang dengan undi sebanyak 193 dan 107 undi masing-masing.

Nik Abduh akan membantu Ketua beliau iaitu Nasrudin Hassan yang menang tanpa bertanding.

Selanjutnya  >DISINI<

ULASAN

Kekalahan Azman Shapawi dengan jumlah yang hanya mendapat 94 undi memang diluar jangkaan apatah lagi Azman merupakan tokoh pemuda yang begitu berpengaruh di Terengganu. Malah, Azman juga merupakan 'anak emas' kepada Hj Hadi Awang sebelum ini ditaksirkan dapat mengekalkan jawatan berkenaan.

Apakan daya, tidak semua perwakilan diwakili dari Negeri Terengganu dan terpaksa menerima hakikat bahawa memang pengaruh Nik Aziz masih kuat dalam kepimpinan PAS. Ini sekaligus memberi gambaran sememangnya wujud puak-puak yang sengaja ingin 'mencantas' Azman Shapawi yang merupakan anak emas Hj Hadi Awang.

Malah, kemenangan Nik Abduh juga memperlihatkan kekuatan kumpulan pro Nik Aziz yang sudah merancang lebih awal untuk menyingkirkan Azman Shapawi dan sebagai pertanda kebencian mereka kepada kepimpinan Hj Hadi yang masih diberi peluang menerajui kepimpinan PAS Pusat.

Akhirnya Hj Hadi terpaksa menggigit jari kerana satu-satunya calon pemuda yang ingin diketengahkan beliau telah tersungkur kepada anak Nik Aziz dan amat malang dengan jumlah undi yang begitu sedikit sedikit sebanyak mengaibkan kewibawaan Azman Shapawi yang selama ini 'mengaku dirinya' masih diperlukan dalam pimpinan tertinggi Pemuda PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox