Percaya atau tidak itu semua terpulang kepada anda semua, namun dari hasil penelitian yang dibuat penulis, ramai dikalangan peminat-peminat setia Mat Sabu sudah memberi isyarat awal bahawa mereka akan bersama-sama dengan Mat Sabu sempena perhimpunan Bersih 2 pada bulan Julai akan datang. Mudahnya, siapa yang lantang bersuara dan berani berada di depan, itulah yang menjadi pilihan kepada penyokong setia PAS. Soal kelayakan akademik ataupun mempunyai buah fikiran yang bernas serta librelal, langsung ditolak oleh penyokong PAS yang akhirnya menghancurkan asas perjuangan sebenar parti PAS ditubuhkan.
BENARKAH HJ HADI KATA PIMPINAN BARU MANTAP?
Suara majoriti kehendak ahli parti tidak boleh dipandang enteng oleh Hj Hadi kerana undi mereka sebagai penentu kepada legasi kepimpinan PAS pada masa akan datang. Kenyataan Hj Hadi yang mnyifatkan kemenangan Mat Sabu sebagai pembantunya langsung tidak menampakkan keihlasan yang lahir dari hati.
Hendak atau tidak, Hj Hadi dalam keadaan ‘terpaksa’ menerima hakikat bahawa suaranya sudah tidak laku untuk mempengaruhi undi perwakilan supaya setiap perwakilan berfikir secara rasional dalam membuat pilihan pada hari pengundian. Sementara itu, adakah kedua-dua pemimpin nombor satu dan nombor dua ini boleh bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam menjalankan dasar parti atau merencana konsep baru parti itu.
ADAKAH DAP DAN PKR BERJAYA ‘MENCATUR’ HALA TUJU PARTI PAS?
PAS semestinya tidak gusar dengan kemenangan Mat Sabu yang berjaya merampas kerusi Timbalan Presiden daripada Nasharuddin Mat Isa kerana mereka dilihat masih bertahan dengan adanya Hj Hadi yang masih menerajui parti itu. Namun, adakah kedudukan ini akan berkekalan sekiranya Mat Sabu berjaya memainkan peranannya satu hari nanti? Sudah pasti kerusi panas Presiden akan tergugat yang akan memberi kelebihan kepada Mat Sabu berada di saf paling utama dalam kepimpinan PAS. Ini tidak mustahil.
Dalam pada itu, adakah Mat Sabu bersendirian untuk meneruskan kesinambungan parti PAS tanpa sokongan dan dokongan daripada ‘pengaruh luar’ parti seperti DAP dan PKR. Yang pasti, kemenangan Mat Sabu menduduki kerusi nombor dua dalam PARTI PAS sudah memberi kelegaan kepada juak – juak PKR dan DAP yang sudah lama menunggu saat manis seperti ini.
Cuba bayangkan sekiranya, Mat Sabu dan Anuar berada di pentas ceramah, tidak banyak beza antara mereka berdua kerana bila disebut nama saja, sudah sebati dalam kehidupan penyokong PAS, kedua-duanya mempunyai kelebihan untuk menjadikan ceramah itu kelihatan ‘gempak’ dan mendapat sambutan luar biasa.
Agak terkejut juga saya bila terbaca beberapa komen dalam blog pembangkang bahawa Mat Sabu contoh terbaik dikalangan pimpinan PAS kerana tidak pernah mencaci, fitnah dan mengutuk pemimpin BN dalam ceramahnya. Agak nak tergelak juga ada kerana setahu penulis, mana-mana penceramah yang diundang akan dilabelkan hebat sekiranya mempunyai gaya penyampaian ‘mencaci pemimpin lawan’ dengan pelbagai bahasa kesat disamping dengan laungan takbir. Justeru itu, adakah Mat Sabut tidak tergolong dalam apa yang disebut di atas? . Kalau tak percaya cuba sekali hadir ceramah yang dihadiri oleh Mat Sabu, berapi kaki kutuk.
PAS TIDAK PERSOAL GOLONGAN ULAMAK MAHUPUN ERDOGAN. ADAKAH BENAR?
Pelantikan Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS memperlihatkan lebaran baru hala tuju parti itu Buat pertama kali dalam sejarah PAS peranan golongan erdogan diangkat oleh akar umbi untuk menerajui parti. Melalui kemenangan Mat Sabu sudah tentu akan menghakis imej islam yang diperjuangkan PAS dan ini akan memberi kelebihan kepada UMNO secara tidak langsung.
PAS akan terus bergolak dari dalam kerana yang tinggal hanya presiden terkapai-kapai dari golongan yang dianggap ‘ulamak’ kerana kesemua pembantunya termasuk Timbalan Presiden dan Naib presiden adalah golongan erdogan yang bernafsu besar, liberal serta nakal dan sentiasa mengambil kesempatan. Malah PAS akan semakin lemah dan dibuli oleh DAP dan PKR. Bahkan kemenangan Mat Sabu kali ini merupakan detik kejatuhan PAS dan pakatan rakyat yang kesalahan besar perlu ditanggung oleh Nik Aziz. Yang pasti ada hikmah disebalik kemenangan Mat Sabu keatas legasi politik UMNO di Malaysia atau dengan kata lain, UMNO masih diberi ruang terbaik untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Melayu dan Islam keseluruhannya.
Teringat kata-kata Datuk Harun Din, Timbalan Mursidul Am PAS dan juga beberapa perwakilan PAS yang berbahas mengenai pentingnya generasi ulamak sebagai pemimpin parti untuk ‘dikekalkan’ dalam pemilihan kali ini yang akhirnya dihukum begitu hebat oleh perwakilan setelah memberi kemenangan kepad Mat Sabu. Percaya atau tidak, suara ulamak seolah-olah tidak diperlukan lagi oleh perwakilan kali ini dan hakikanya terpaksa ditanggung oleh Hj Hadi dan Nik Aziz..Wasalam..AJ
No comments:
Post a Comment