PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, May 06, 2011

Tony Pua Terkena "Penangan" Prof Abd Aziz Bari


DAP dan Pakatan Rakyat tidak perlu mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Peluang Sama Rata atau “Equal Opportunity Commission” (EOC), kata pemerhati politik dan profesor undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari. Beliau mengulas kenyataan akhbar oleh setiausaha publisiti DAP Tony Pua, yang berhujah bahawa EOC diperlukan bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat dalam usaha menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Tambah beliau, peruntukkan yang sedia ada, khususnya Perkara 8, dalam Perlembagaan Persekutuan sudahpun menjamin perkara berkenaan.

"Mereka sepatutnya mencari penyelesaian berdasarkan sistem itu sendiri. Gunakan apa yang ada sebelum ini sebelum menubuhkan sesuatu yang baru,” katanya.

Abdul Aziz berkata Pakatan Rakyat tidak sepatutnya berbuat demikian bagi mencari penyelesaian masalah kerana akhirnya bebanan kewangan akan jatuh kepada pembayar cukai.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox