PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, May 09, 2011

Perhimpunan ahli silat lincah sedunia di PWTC..!

Seramai 20,000 ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah dari seluruh dunia akan berkumpul sempenan sambutan ualng tahun ke-50 pertubuhan itu di Malaysia hujung bulan ini.

Pengasasnya, Datuk Omaruddin Mauju (gambar) berkata, majlis tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Mei 2011 yang akan dihadiri ketua-ketua kumpulan itu yang mana mewakili 22 buah negara.

Selain itu, turut diadakan penyampaian kapsul mengandungi kisah organisasi itu serta senarai Ahli Majlis Tertinggi bagi tempoh 2011-2013. Perhimpunan ini bertujuan memaparkan kisah pertubuhan ini sepanjang 50 tahun penubuhannya. Tempoh ini bukan satu masa yang pendek kerana ia menyimpan banyak peristiwa dan cabaran yang dilalui pertubuhan itu.

Perhimpunan itu dijangka akan dirasmikan oleh Dato Seri Diraja Dr Zambry bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox