PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, May 16, 2011

Peguam bela kejahatan dimonopoli pembangkang...!

Banyak kes-kes yang melibatkan kejadian jenayah di negara ini cuba 'dibela' oleh peguam yang mewakili parti pembangkang. Kononnya nak jadi jaguh membela rakyat yang mana masih tidak diketahui hujung pangkal bersalah ataupun tidak.


Kes terbaru yang cuba 'dieksploitasi' oleh peguam handalan membela kejahatan melibatkan seorang remaja yang mati ditembak oleh pihak polis berusia 17 tahun dalam kejadian tembak menembak semalam di belakang sebuah hotel murah di Cyber Valley Commercial Centre, Dengkil, kira-kira 10.30 malam kelmarin.

Dengar cerita keluarga mangsa akan memfailkan petisyen saman terhadap polis berhubung kes tersebut dengan pelbagai alasan kononnya tindakan polis menembak mati remaja berkenaan adalah meragukan.

Nak tak nak, polis juga yang kena. Justeru, aku berharap pihak polis menjalankan siasatan sepenuhnya motif remaja tersebut yang turut menembak pihak polis apabila dikepung.

Malah, peguam handalan tak sedar diri seperti R Sivarasa, memang glamour dengan kes yang sebegini sebab kita semua tahu isu ini boleh dijadikan bahan politik Pakatan Rakyat yang sememangnya suka menangguk di air keruh. Keluarga dan peguam mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat insiden ini kerana mendakwa wujud keraguan berdasarkan alasan yang diberikan oleh pihak polis.

Sivarasa menunjukkan salinan laporan polis dengan ditemani nenek Johari Abu Bakar, Jamilah (kiri) dan ibunya Salmah (tiga dari kanan).

Macam mana pula dengan polis? mereka juga ada hak untuk mempertahankan diri mereka dan juga salah seorang rakyat Malaysia yang juga ada hak untuk membela diri mereka. Adakah polis tidak berani untuk tampil ke depan 'menyaman' balik keluarga dan peguam keparat pakatan Rakyat jika terbutki remaja berkenaan turut memiliki senjatapi dan bertindak melepaskan tembakan ke arah pihak polis.

Jika mereka saman RM1juta, aku berharap pihak polis perlu bertindak menyaman dua kali ganda angka itu kepada keluarga mangsa dan juga pihak peguam handalan pembela kejahatan.

Aku berharap sangat, pihak polis jangan jadi lesu dan lembik dengan kes sebegini kerana kita agak terkilan, dengan dakwaan pembangkang terhadap tugas kepolisan yang langsung tidak dihargai.

KEJADIAN

PETALING JAYA, 15 Mei — Keluarga Johari Abu Bakar menggesa kerajaan mengadakan siasatan bebas berhubung kematian seorang remaja berusia 17 tahun itu, memandangkan polis memberi maklumat tidak konsisten berhubung kejadian dia ditembak kelmarin.

Keluarganya juga akan memfailkan petisyen di mahkamah esok, menuntut bedah siasat kedua dijalankan ke atas Johari ekoran tanda-tanda yang meragukan pada jenazahnya termasuk lenggan kanan patah.

Johari, seorang pekerja rencam, terbunuh dalam kejadian ditembak polis di belakang sebuah hotel murah di Cyber Valley Commercial Centre, Dengkil, kira-kira 10.30 malam kelmarin.

Laporan media semalam memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata, Johari yang dikehendaki polis maut ditembak selepas merempuh kereta polis.

Suspek turut dikatakan melepaskan satu das tembakan sebaik menyedari kehadiran polis dalam kejadian pada pukul 10.15 malam.

Dia yang bersembunyi di sebuah hotel dilihat turun melalui pintu belakang sebelum memasuki kereta jenis Alphard.

Tindakannya cuba melawan anggota polis ketika dikepung membawa padah apabila dia ditembak mati.

Katanya, suspek diintip sepasukan polis sejak pukul 5.30 petang kelmarin dan mendapati kereta yang diletakkan di belakang hotel itu dilaporkan hilang dalam kes samun bersenjata api di Taman Megah, Kelana Jaya, 2 Mei lalu.

Laporan lain menyebut kereta itu dikatakan dicuri di Kelana Jaya 10 Mei lalu.

“Sebaik memasuki keretanya, dua kereta polis mengepung kereta suspek dari arah depan dan belakang.

“Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri ketika diminta keluar oleh polis apabila merempuh kereta polis. Malah, dia turut melepaskan tembakan,” katanya.

“Suspek maut di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati suspek menggunakan pistol jenis semi automatik. Polis turut menemui peluru dalam kereta berkenaan,” kata Tun Hisan.

Tun Hisan berkata, suspek menyewa dua bilik hotel sejak 9 Mei lalu dan polis percaya dia tidak bersendirian.

Bagaimanapun ibu Johari, Salmah Mohamed Shariff menegaskan bahawa anaknya bukan seorang penjenayah dan tidak pernah memiliki sebarang senjata.

“Dia seorang budak yang baik dan sentiasa menurut kata. Saya enggan percaya bahawa dia miliki senjata,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Damansara di sini petang ini.

Salmah, seorang suri rumah ditemani oleh dua anak lelakinya, Abdul Razak yang bekerja sebagai 'pub bouncer' dan Mohamad Rosli, 20, iaitu pembantu dapur serta nenek mereka Jamilah Magar Saib, 56.

Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam juga menemani mereka ketika laporan polis dibuat.

Menurut laporan Kosmo, bapa Johari ditembak mati oleh polis dua tahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kejadian penculikan dan beberapa jenayah lain di Selangor.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox