PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, May 17, 2011

PAS tergamak sisihkan orang asli di Kelantan..!

Langkah kerajaan Kelantan mengambil tanah adat milik Orang Asli di beberapa pos di Gua Musang bagi tujuan pembangunan Ladang Rakyat disifatkan tidak wajar. Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tindakan tersebut menyebabkan hak Orang Asli terpinggir dan tinggal setinggan selepas rumah mereka diambil.

Perkampungan asal orang asli di Gua Musang

Menurutnya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dan ia tidak terjadi di luar dari Kelantan dan sepatutnya itu adalah hak mereka serta bukan digunakan untuk tujuan lain.

“Kita menjaga hak mereka di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan membayar premium tanah sebanyak RM2.6 juta kepada Kerajaan Kelantan tetapi yang terjadi sebaliknya,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang di sini, malam, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan Kelantan yang mengambil tanah membabitkan lebih lima pos perkampungan Orang Asli di Gua Musang bagi tujuan pembangunan Ladang Rakyat yang meresahkan masyarakat kaum berkenaan.


Shafie berkata, Kerajaan Kelantan perlu memikirkan tindakan mereka yang mengambil tanah adat itu dan sewajarnya mereka mewartakan tanah adat itu seperti negeri lain.

Tiba bila musim pilihanraya PAS berebut-rebut untuk menjeguk perkampungan orang asli khususnya di kawasan Gua Musang. Namun selepas mereka memerintah, orang asli hanya dipinggirkan oleh Kerajaan. Namun, mereka bernasib baik kerana masih ada KESEDAR yang sentiasa membantu melalui peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox