PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, May 09, 2011

PAS semakin terdesak memujuk golongan muda...!


Anak Muda Malaysia merupakan nadi kebangkitan rakyat hari ini ke arah perubahan politik negara yang lebih adil, bebas dan sejahtera. Bagi menyemarakkan lagi kebangkitan itu, Dewan Pemuda PAS Pusat dijangka akan menganjurkan siri Jelajah bertemakan "Orang Muda Untuk Perubahan (Jom Ubah)" ke seluruh negara kerana begitu terdesak untuk mencari altenatif terbaru bagi  menarik perhatian belia muda di negara ini.

Perkara ini turut diperakui oleh Setiausaha DPP PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang mana program Jom Ubah itu bakal dilancarkan di dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan pada 1 hingga 2 Jun depan di Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sementara itu majlis pelancarannya akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Katanya, Program jelajah yang pertama pada 23 hingga 26 Jun 2011 melibatkan Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Disamping itu, kedengaran juga suara memujuk oleh pihak penganjur kepada golongan muda di negara ini kiranya mereka berpihak kepada PAS pada PRU akan datang Antaranya memberi tawaran kepada golongan muda sekiranya diberi mandat pada PRU yang akan datang. Selain itu, penganjur juga turut menyediakan santapan hiburan semasa siri jelajah berkenaan. Mungkin ustaz Bob akan ikut serta dalam jelajah yang dianggap sudah terdesak dewasa ini.

Anak-anak muda juga, dikatakan berpeluang mendengar ceramah dan amanat daripada tokoh-tokoh pemimpin PAS di samping bersama dengan selebriti-selebriti negara yang begitu taksub kepada PAS seperti Bob Lokman.

Semua peserta jelajah ini dijangka akan singgah di semua negeri yang dilaluinya dan kepada golongan pemuda bersiap sedialah semua untuk menerima kunjungan pendesak-pendesak parti yang kini dilihat agak kempunan mengatur strategi khususnya menarik sokongan golongan muda.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox