PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, May 26, 2011

Lim Guang Eng mungkin naik berang dengan pendirian mutakhir Nik Aziz..!

Pelik tetapi benar apabila Nik Aziz dikatakan kurang berminat dengan cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang mencadangkan supaya empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat iaitu, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor tidak membubarkan DUN sekiranya PRU-13 diadakan tahun ini.

Katanya PAS setakat ini masih belum bersedia dengan cadangan itu dan menyifatkan ianya pandangan peribadi Guang Eng tanpa persefahaman yang dicapai melalui pimpinan Pakatan Rakyat. Agak berbeza nada suara Nik Aziz berhubung perkara ini kerana kebiasaannya, Nik Aziz akan menerima bulat-bulat apa yang dicadangkan oleh DAP yang ‘menjadi duri dalam daging’ kepada Parti PAS.

Menteri Besar Kelantan itu berkata belum ada keputusan diambil oleh pucuk pimpinan dalam pakatan pembangkang berhubung perkara itu. Nik Aziz menganggap kenyataan DAP agar tidak membubarkan DUN itu sebagai satu kenyataan bersifat peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti.

"Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat mengikut keperluan semasa dan kepentingan masing-masing.

"Itu adalah pendapat peribadi beliau, saya tidak tahu bila cadangan ini diputuskan sama ada di peringkat pucuk pimpinan parti, sebab itu saya sifatkan ia pendapat peribadi dan mungkin apa yang diperkatakan Lim Guang Eng itu belum diputuskan dalam pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Kami juga belum bersedia menerima cadangan yang dikemukakan" katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini.

Bagaimana pula dengan Khalid Gagap dan Azizan di Selangor dan Kedah? Adakah mereka berdua sependapat dengan Nik Aziz ataupun menerima cadangan yang diutarakan oleh Lim uang Eng? Saya rasa jika di Kedah, mungkin DS Azizan akan menerima buah fikiran Nik Aziz manakala di Selangor pula mungkin akan kedengara nada suara yang berbeza.


Lihat sendiri di Selangor hari ini siapa yang lebih berkuasa jika tidak DAP yang menjadi tongak utama dalam mencatur hala tuju kepimpinan TS Khalid. Malah, dasar-dasar tadbir urus Kerajaan Negeri Selangor juga dikuasai sepenuhnya oleh Parti DAP. Tambahan pula, hubungan Anwar Ibrahim dengan Lim Guang Eng yang begitu akrab merencana agenda parti masing-masing dilihat mampu mencapai kata sepakat.

"Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu bersetuju supaya empat negeri yang dikuasai pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini".

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox