PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, May 05, 2011

Inilah Akibatnya Kalau Suka Berkawan dengan 'Hantu'...!

Kalau dah tahu dari awal nak bungkus macam-macam alasan dibuat untuk menafikan kesungguhan SPR dalam menjalankan tanggungjawabnya ketika pilihanraya. Kalau kalah jer mesti timbul bermacam-macam alasan banggang mereka untuk menyalahkan pihak SPR tidak menjalankan tugasnya dengan amanah.

Kalau dah kalah tu terima hakikat bahawa rakyat dah tak suka menyokong pembangkang yang asyik dengan auta belit berjanji namun akhirnya rakyat juga yang kempunan. Yang masuk poket hanyalah puak-puak pemimpin dikalangan kroni-kroni mereka.

Inilah akibantnya kalau suka sangat berkawan dengan hantu sampai macam-macam istilah yang mereka labelkan. Terbaru sila baca artikel di bawah ni kononnya menuduh pihak SPR berusaha memindahkan pengundi Melayu di kawasan majoriti Cina yang ditandingi calon Pakatan Rakyat berketurunan Melayu.

Ringkas cerita, kalau calon Melayu seperti Anwar, Mahfuz dan Mat Sabu bertanding siapa sangat yang nak menyokongnya. Rakyat dah muak dengan tipu muslhat puak-puak ni ketika dalam pilihanraya. Kalau ada yang menyokong sekalipun, hanya dikalangan pencaca-pencacai Anwar sahaja yang dah melekat terkenan ilmu Anwar.

Ini artikel merapu seorang doktor tapi tak guna akal mujur tak jadi doktor Anwar Ibrahim kalau tidak nahasla...

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengesyaki wujud usaha pemindahan pengundi Melayu dari kawasan majoriti pengundi Cina ke kawasan yang ditandingi oleh calon Pakatan Rakyat berketurunan Melayu.

Beliau mendedahkan perkara itu berikutan kewujudan ribuan tambahan nama di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Andalas, Dun Seri Muda dan juga kawasan Parlimen Shah Alam dan Kota Raja yang diwakilinya.

“Saya mengesyaki kemungkinan wujud persekongkolan oleh pihak tertentu di dalam SPR dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui kewujudan nama-nama yang asing yang kita dapati dari senarai daftar pemilih.

“Ini adalah percubaan untuk mengalihkan pengundi dari kawasan yang tidak diyakini untuk menang oleh Barisan Nasional. Begitu juga dengan kewujudan ramai pengundi yang mempunyai kad pengenalan Sabah ke kawasan-kawasan ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa memfailkan bantahan Rang Undang-undang Daftar Pemilih suku tahun pertama 2011di Pejabat SPR Selangor di bangunan PKNS, hari ini.

Menurut Dr Mariah, sebagai contoh di Shah Alam, pihaknya mengesan rumah yang didiami tiga kaum Melayu, Cina dan India sekaligus.
“Ada juga di sebuah kawasan perumahan flat 5 tingkat yang mempunyai alamat sehingga ke tingkat 6,” kata Dr Mariah.

Dalam pada itu, Dr Mariah turut mempersoalkan kegagalan SPR mengemaskini data pengundi dalam talian (online) yang tidak seiring dengan data induk di pejabat SPR.

“Saya sendiri mengalami perkara ini apabila bertukar lokasi pengundian saya ke Taman Sentosa. Apabila dikemaskini, saya mendapati nama saya tidak wujud dalam senarai induk, sedangkan permohonan pertukaran telah dibuat. Hanyalah selepas datang ke pejabat dan didesak untuk dibuat pertukaran, barulah SPR melakukannya.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox