PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, May 03, 2011

Doa Seorang 'Ulamak' Yang Pendendam..Nik Aziz..!

Berita kematian, Osama Laden ketua kumpulan Al Qaeda menguasai dada akhbar-akhbar hari ini samada akhbar tempatan mahupun luar negara. Katanya Osama telah mati dibunuh oleh pasukan komando laut US berserta dengan dua helikopter penggmepur di kawasan tempat persembunyian Osama di abbottabad,Pakistan.

Namun sejauh mana benar dakwaan Osama Laden telah berjaya dibunuh oleh US belum dapat dipastikan kesahihannya dan dakwaan mayatnya telah disemadikan di laut telah mengundang banyak kontroversi dikalangan ulamak. Antaranya jurucakap imam besar Universiti Al Azhar, Mesir yang mengutuk cara Osama dikebumikan kerana kaedah Islam untuk menyemadikan mayat seorang muslim adalah didaratan kecuali mati lemas yang tidak dijumpai.

Ramai beranggapan berita ini sengaja direka oleh US untuk menutup kelemahan sistem teknologi mereka yang masih buntu untuk mengesan lokasi Osama walaupun sudah melangkah jauh kehadapan berbanding dengan negara-negara lain.

Dalam pada itu, Nik Aziz juga dilihat tidak terkecuali untuk mengucapkan takziah kepada Osama kiranya benar telah dibunuh oleh askar US dalam pertempuran kira-kira 40 minit di kediaman Osama di Abbottabad, Pakistan semalam.
Gambar dipercayai telah 'diedit'

Antaranya Nik Aziz mendoakan 'KEAMPUNAN DAN RAHMAT KE ATAS OSAMA KERANA OSAMA ADALAH SEORANG YANG MUSLIM DAN SEAGAMA DENGAN KITA. WALAUPUN SEBESAR MANA KESALAHAN YANG DILAKUKAN, OSAMA TETAP SEAGAMA ISLAM DENGAN KITA"

Itulah antara doa-doa Nik Aziz ke atas Osama Laden sekiranya benar Osama telah dibunuh oleh tentera US.

Persoalannya, adakah mustajab doa Nik Aziz sedangkan banyak siri-siri solat hajat perdana yang dianjurkan oleh PAS selama ini untuk menghancurkan kerajaan sediada belum lagi dimakbulkan oleh Allah SWT.

Saya juga salah seorang yang memberi sedekah Al Fatihah kepada roh Osama sekiranya benar beliau telah mati atas sifat saudara seagama. Namun, dalam konteks salam permuafakatan yang dihulurkan oleh PM supaya PAS lebih bertoleransi dan tidak bekerjasama dengan DAP Rasis, adakah Nik Aziz menyahut seruan PM?

Dengan nada angkuh menolak mentah-mentah salam permuafakatan yang dihulurkan oleh Perdana Menteri malah dalam masa yang sama, menganggap kerajaan BN yang sediada tidak Islamik dan perlu diketepikan.

Adakah ini cara Islam yang ditutut dalam agama iaitu menolak pelawaan baik dari kalangan mereka yang seagama dengan kita tetapi besetuju untuk bersekongkol dengan pmimpin yang terang lagi nyata bersifat perkauman di negara ini iaitu DAP.

Inilah petikan daripada kenyataan dan doa Nik Aziz ke atas Osama...

"Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam".

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain".

"Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti".

Dipetik dari Harakah Daily..@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox