PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, May 06, 2011

Budak Hingusan Kemaruk Berpolitik..Jawabnya Bahalol..!

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan banyak barakah berbanding dengan hari-hari yang lain. Hari Jumaat juga seluruh umat Islam menunaikan solat Jumaat berjemaah sebagai tanda kebesaran Allah. Ini lain pula jadinya, apabila salah seorang yang boleh dikatakan calon ISA satu hari nanti sesuka hati menghasut mahasiswa supaya datang beramai-ramai ke masjid Negara untuk berkumpul beramai-ramai sempena hari yang dikategorikan agak pelik iaitu Hari Marah se- Malaysia pada 6 Mei 2011.

Niat mereka sudah terpesong apabila sudah jelas menghasut pelajar-pelajar supaya datang berkumpul atas sebab ingin memperjuangkan agenda sempit politik pembangkang yang kononnya menolak politik lucah dan jijik di Malaysia.

Kalau dah berniat untuk ke masjid bagi tujuan berhimpun dan membuat kacau bilau, di manakah letaknya niat asal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat? Memang tidak masuk akal dan bodoh banggang apabila wujud jenis pelajar sepesis yang sedemikian rupa.

Mungkin mereka ingat cara menggunakan pelajar-pelajar adalah satu kaedah bagaimana untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Tetapi mereka silap, kerana Malaysia bukan seperti di Mesir mahupun negara lain di Timur Tengah. Kalau di Mesir memang boleh berlaku berdasarkan banyak faktor yang mengundang kemarahan rakyat. Tetapi dalam konteks politik Malaysia, jauh berbeza kerana masih ramai lagi dan boleh dikatakan majoriti rakyat masih berpihak kepada kerajaan kerana berada di kawasan iklim politik dan ekonomi yang agak stabil.

Malah, hanya segelintir pelajar yang terjebak dalam kumpulan anti kerajaan di negara ini. Itupun gabungan pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak-anak pembangkang terutamanya parti PAS.

INI KENYATAAN BODOH BANGGANG BUDAK HINGUSAN
KEMARUK NAK BERPOLITIK DI MALAYSIA..


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru mahasiwa supaya hadir ‘Hari Kemarahan Rakyat’ di Masjid Negara esok bagi menyatakan anak muda menolak politik fitnah dan jijik.

Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari (gambar di atas) berkata seluruh mahasiswa wajar untuk turut sertai perhimpunan itu, bagi menyatakan pendirian sebagai anak muda yang menolak sama sekali politik fitnah dan jijik yang kian parah serta menjadi permainan dalam pentas politik negara sekarang ini.

“Saya yakin dan percaya, kehadiran mahasiswa esok akan memberikan mesej yang jelas kepada kerajaan dan juga masyarakat bahawa mahasiswa dan anak muda tegas menolak budaya politik kotor dan inginkan kembalinya nilai-nilai kebaikan dalam berpolitik iaitu kembali kepada politik Islam.

“Oleh itu, saya selaku Ketua Penerangan Gamis menggesa dan menyeru mahasiswa dan anak muda sekitar Lembah Klang terutamanya dan seluruh mahasiswa yang lain bergabung tenaga dan bersama turun menyatakan pendirian kita,” tegasnya.

Menurutnya, isu yang cuba dibawa oleh Datuk Eskay Shazryl Abdullah semasa melafazkan sumpah di Masjid Amru Al-As baru-baru ini termasuk dalam hukum qazaf dan bukannya mubahalah.

"Kerajaan harus terlibat secara langsung bagi menegakkan hukum Islam yang menjadi tuntutan, kerana keengganan untuk melaksanakan hukuman tersebut membawa kepada padah seperti mana yang berlaku sekarang ini,” tegas beliau.

‘Hari Kemarahan Rakyat’ anjuran Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf), Angkatan Muda Keadilan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Masjid Negara, esok.

Program tersebut akan bermula jam 12 tengah hari dengan mengumpulkan kesemua NGO dan demonstrasi akan bermula selesai solat Jumaat.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox