PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, May 06, 2011

Awas Rakyat Terengganu!!!.

Awas rakyat Terengganu kerana negeri kamu bakal dijejaki oleh pembelit dan pelakon opera terbaik dalam kancah politik di negara ini. Siapa lagi kalau bukan Anwar Berohong yang mana dijangka akan memulakan operasi gempur untuk menjaja kepada rakyat negeri itu tentang tingkah lakunya yang paling hipokrasi dalam arena politik.


Beliau dikatakan akan menyampaikan dua ceramah iaitu di perkarangan Madrasah Darul Iman, Kedai Buloh, Marang bersama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Abu Bakar Chik.

Manakala, ceramah keduanya dijangka akana diadakan di Dataran MTD Batu Burok, Kuala Ibai bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nor Manuty dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Menurut Setiausaha Politik Anwar atau lebih dikenali dengan nama panggilan Man Botak, Abdul Rahman Yusof berkata selepas program bersama pimpinan PKR Terengganu, Anwar menunaikan solat Maghrib, solat hajat serta tazkirah di Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu.

Dewasa ini Anwar dilihat agak terdesak berikutan pembongkaran skandal seksnya bersama pelacur dan mesej yang jelas telah sampai kepada rakyat untuk menilai perilaku sebenar insan yang bernama Anwar.

Justeru itu, AJ diberitahu bahawa jentera PKR khuusunya agak kelam kabut mengatur strategi untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Anwar dan salah satunya adalah siri jelajah yang akan diadakan di seluruh negara.

Baru tahu Anwar bahawa kuasa Pencipta Alam Semeseta tidak boleh diubah oleh hamba kerdil seperti manusia..Tambahan pula, bapa pembelit nombor satu dalam negara.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox