PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Wednesday, May 25, 2011

Apa salah Nik Aziz kepada orang asli hingga merayu minta maaf..!

Apakah kesalahan orang asli sehingga Nik Aziz merayu kepada mereka supaya memberi sokongan kepada parti PAS pada PRU-13 nanti. Adakah Nik Aziz begitu bersalah kepada penduduk orang asli khususnya di Gua Musang hingga terpaksa berbuat demikian?. Dalam masa yang sama turut mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan pemikiran orang asli yang menyebut sekiranya orang asli tidak menyokong parti PAS sama seperti tidak menyokong Islam. Islamkah PAS selama ini ? Atau kerajaan BN yang diterajui UMNO selama ini tidak Islam?


”Kita minta Orang Asli sokonglah Pas kerana tiada sebab mereka tidak sokong kerana kita perjuangkan Islam.

”Tidak sokong Pas seperti tidak sokong Islam. Program hari ini juga semata-mata mahu raikan pasangan Orang Asli yang baru berkahwin,” katanya selepas hadir Jamuan Meraikan Pasangan Kahwin Perdana Masyarakat Orang Asal bersama MB Kelantan di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini, semalam.

Kenyataan Nik Aziz semasa berceramah di hadapan orang asli ini dilihat pendekatan terdesak PAS Kelantan untuk memulihkan sokongan masyarakat orang asli yang selama ini tidak diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri. Sudah menjangkau 21 tahun pemerintahan PAS di negeri itu, apakah pembangunan dilaksanakan untuk orang asli. Malah, projek mega ladang rakyat yang agongkan selama ini sudah tentu mendapat tentangan dan rungutan dari kalangan orang asil khususnya di Gua Musang.

PAS seharusnya mengambil kira kepentingan orang asli yang sejak sekian lama mengusahakan tanah mereka walaupun pada dasarnya tidak diberikan status hak milik kekal. Projek yang dilihat sebagai gula-gula kepada rakyat Kelantan ini hingga sekarang belum menampakkan hasilnya sehingga membawa kepada kebencian rakyat Kelantan khususunya orang asli terhadap kepimpinnan PAS di negeri itu.

Dalam pada itu, ungkapan Nik Aziz yang menyifatkan jika tidak menyokong parti PAS seperti menolak Islam adalah kenyataan yang boleh membawa kekeliruan kepada umat Islam di negara ini. Persoalan yang perlu ditanya, adakah di Malaysia hari ini ditadbir oleh orang bukan Islam dan hanya parti PAS yang lebih islamik berbanding dengan parti-parti yang mewakili masyarakat Melayu yang lain.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox