PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, April 12, 2011

Sidang DUN Perak : Nga Kor Ming Biadap Tidak Berpakaian Rasmi..!

Salam..

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang bermula hari ini menyaksikan sekali lagi sikap kebiadapan ADUN pembangkang dari DAP iaitu YB Nga Ko Ming - ADUN Pantai Remis yang hadir tidak mengenakan pakaian rasmi. Ini jelas menunjukkan sikap kurang ajar pemimpin DAP itu kerana dialah satu-satunya ADUN yang datang dengan berpakaian biasa sedangkan turut hadir Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bagi upacara perasmian pembukaan.






Persoalannya adakah si bodoh ini tidak tahu peraturan yang ditetapkan atau sengaja ingin menarik perhatian kepada YB lain bahawa dialah jaguh dan 'taikong' berkepala besar di Negeri Perak.

Apabila bergelar sebagai seorang lawyer, adakah si kepala besar ini kebal kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan?. Justeru, kepada mana-mana pendokong yang masih setia mempertahankan si kepala besar ini, perlu berfkir dan merenung sejenak di dalam hati kecil, inikah rupa dan gaya seorang pemimpin yang ingin diketengahkan untuk memperjuangan nasib rakyat terutama kepada orang-orang Melayu di negeri ini.



Antara titah ucapan perasmian Raja Dr Nazrin Shah hari ini..

"Kebahagian dan kemakmuran wajib diagihkan secara adil, perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa wajib dihindarkan."

"Kuasa adalah bersifat sementara."

DYTM Raja nazrin menghargai semua pihak yang terlibat dalam membangunkan negeri Perak.

Titah ucapan diakhiri dengan Perasmian Sidang DUN pada hari ini.


@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox