PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, April 20, 2011

Selangor 'Protege' kepada Hawaii US..Tahniah Khalid!

Sebuah pusat karaoke di Bandar Sungai Long, Kajang yang berkonsepkan musim panas menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) yang hanya ‘memaki bikini’. Sesuai dengan konsep itu, seramai 27 GRO di pusat hiburan itu akan menghiburkan pengunjung umpama berada di tepi pantai Hawaii,Miami Amerika Syarikat.


Bagaimanapun ‘hiburan panas’ ini berkahir setelah diserbu polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) IPK Selangor malam kelmarin. Dalam serbuan jam 8.00mlm itu, pihak polis telah menahan 25 wanita warganegara Vietnam dan 2 warganegara China serta 6 penjaga premis.

Ketika serbuan, mereka sedang asyik melayan pelanggan dan ketika itu bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri namun berjaya diberkas pihak berkuasa. Menurut pegawai operasi, beliau tidak menolak kemungkinan GRO ini turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis.

Kalau dulu, negeri Selangor juga turut mencatat rekod negeri yang terbanyak ‘melahirkan anak luar nikah’ dan sekarang pula, negeri contoh dalam penganjuran aktiviti maksiat.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox