PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, April 20, 2011

Presiden PAS : Liabiliti atau 'Biawak Hidup' Dalam PAS..!

Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu.


Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.

Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

“Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Hadi menjadi Presiden PAS pada 2002 dan mempertahankan kedudukannya pada 2009 tanpa saingan.

Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu.

Malah, Aziz juga berkata, tindakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa tidak relevan.


“Husam membuat keputusan tanpa pertimbangan yang cekap kerana sepatutnya menunggu respons dari kawasan lain yang masih belum membuat mesyuarat kawasan,” kata ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini.

Pada 13 April lalu, Husam yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat secara rasmi mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan presiden parti pada pemilihan Jun ini.

Sementara itu beberapa pemimpin PAS menyangkal dan menafikan pandangan Aziz Bari tersebut.Mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

PENDIRIAN PAS BERHUBUNG KENYATAAN TERSEBUT
YANG KONONNYA MASIH MEMPERTAHANKAN HJ HADI
WALAUPUN MEREKA SEDAR APA YANG DIPERKATAKAN
OLEH PROF ABDUL AZIZ BARI ADALAH 'TEPAT 100%'

Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam seperti didakwa penganalisis Prof Abdul Aziz Bari.

Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi (gambar) yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Selain itu, mereka juga berpendapat alasan yang diberikan Aziz, seorang penganalisis politik yang mengatakan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah termasuk presidennya yang disandang Hadi adalah tidak wajar dan bersifat mahu mengganggu keharmonian parti itu menjelang pemilihan Jun ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata alasan yang diberikan Aziz itu adalah perkara yang akan sentiasa dibangkitkan setiap kali menjelang pemilihan parti itu. Justeru, tegas Nasrudin, Hadi bukan liabiliti kepada PAS dan masih lagi layak untuk menerajui parti Islam itu selepas banyak membawa perubahan besar kepada parti itu.

“Hujah Aziz itu adalah hujah yang berulang dan telah kita selesaikan sebelum daripada ini, hujah kekalahan di Terengganu... hujah kegagalan 16 September semua nak dibebankan kepada Datuk Seri Abdul Hadi... nak ulang hujah sama itu tidak releven dan ia tidak jelaskan kenapa beliau harus menyalahkan Datuk Seri Abdul Hadi.

“Kita tak boleh pakai hujah begitu... sepatutnya beri fakta yang jelas dan bukan ulang hujah yang sama dan ingin saya tegas Datuk Seri Abdul Hadi bukan liabiliti kepada PAS. Tegas beliau, sekiranya Hadi menjadi liabiliti kepada PAS sudah tentu kawasan-kawasan yang bermesyuarat akan mencalonkan pemimpin lain, tetapi sehingga kini hanya PAS kawasan Bukit Bintang sahaja yang bertindak demikian.

“Kalau semua kawasan calonkan Datuk Seri Abdul Hadi ini bermakna kepimpinan beliau masih releven. Jadi, kita serah kepada perwakilan tak perlu menggunakan kaedah mencipta persepsi negatif terhadap peribadi Datuk Seri Abdul Hadi.

“Kalau perwakilan beri kepercayaan kepada beliau, adakah beliau masih menjadi liabiliti kepada PAS... tidak. Kepercayaan perwakilan menggambarkan mereka mempercayai Datuk Seri Abdul Hadi dan kepimpinannya,” katanya.

Jelas Nasrudin, gesaan agar Hadi meletakkan jawatan itu hanya akan “muncul” setiap kali pemilihan parti diadakan dengan tujuan mahu “mencipta” persepsi negatif terhadap bekas menteri besar Terengganu itu. “Ia adalah kaedah nakal yang muncul ketika pemilihan yang mahu ganggu keharmoniaan pemilihanb PAS, pandangan seperti ini berlaku bila ada pemilihan sahaja.

“Ia satu pandangan yang tidak perlu diambil kira sangat tapi kita hormat pandangan yang diberikan semua orang,” kata beliau sambil menambah, “kita menghormati pandangan semua orang sama ada positif atau negatif tapi dalam memberi pandangan yang paling penting adalah kita memerlukan hujah atau fakta yang jelas.” Justeru kata Nasrudin, hanya perwakilan yang paling layak untuk menentukan barisan kepimpinan PAS ketika pemilihan nanti.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata apa yang dikatakan Aziz itu hanya pandangan peribadi, namun hakikatnya kepimpinan Hadi masih lagi diperlukan PAS. “Pandangan Aziz sebagai seorang yang bebas dari parti, itu hanya perspektif org yang di luar dan dari segi kepimpinan kita masih memerlukan kepimpinan beliau (Hadi).

“Malah semasa kepimpinan beliau ada banyak pencapaian parti termasuk kemenangan PAS pada 2008, jadi walaupun dari segi pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil ia bukan kayu pengukur yang mutlak, jadi harus dilihat dari sudut pencapaian lain juga,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, kepimpinan dan kekuatan Hadi masih diperlukan PAS dan ia perlu dibuktikan dalam menghadapi situasi politik semasa. “Saya yakin kepimpinan beliau telah mengambil kira semua pandangan, dengan syarat PAS harus melonjak.

“Selain itu kalau lihat sejarah parti tak ramai presiden ditandingi, apa yang berlaku sama ada presiden letak jawatan atau krisis... jadi apa yang berlaku ini adalah satu cabaran kepada beliau selaki presiden,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib dengan tegas berkeyakinan Hadi akan membawa lebih banyak perubahan sekiranya terus menerajui parti tersebut. “Kekal sebagai presiden, kerana Abdul Hadi berjaya bawa PAS ke dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Beliau juga berjaya membawa PAS agar ia boleh disertai kaum-kaum lain.

“Beliau perlu kekal sebagai presiden dan tingkat prestasi untuk kuatkan PAS pada masa depan, jadi beliau masih perlu menerjaui PAS buat masa sekarang dan beberapa tahun akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

“Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.

“Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008, malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari tujuh kerusi pada 2004,” katanya.

Sebagai presiden kata beliau, keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. “Dan, ia sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah presiden,” katanya.

Kata beliau, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Hadi adalah punca kegagalan 16 September. “Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai profesor atau sekadar menggantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

“Nampaknya beliau sengaja mengkambinghitamkan presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca,” kata beliau lagi.

KALAU DULU PROFESOR INILAH YANG SELALU DIAGUNGKAN OLEH
PAS APABILA BANYAK MENGELUARKAN KENYATAAN 'MEMIHAK'
KEPADA PARTI MEREKA. TETAPI APABILA PROF INI MEMBERI SEDIKIT
KOMEN DA HUJAH BERDASARKAN FAKTA, MULA NAIK ANGIN DAN
MELENTING PIMPINAN DAN PENDOKONG PAS. ADA YANG 
MENYIFATKAN FAKTA ITU HANYA MEREKA YANG BERSEKOLAH 
TADIKA..

MEMANG BETUL PAS SEBUAH PARTI YANG TAK BOLEH DITEGUR KERANA
MEREKA YAKIN BAHAWA JALAN MEREKA  ADALAH BENAR WALAUPUN
LALUAN YANG MEREKA SUSUR ITU DIPENUHI 'NAJIS-NAJIS BUSUK'..

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox