PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, April 02, 2011

PAS dan PKR Jadi 'Sambal Belacan' di Sarawak!

Salam..

PAS menyifatkan sekiranya kalah dalam 5 kerusi yang dipertandingkan di Sarawak sebagai SATU DAKWAH kepada pengundi supaya lebih mengenali Islam. Maknanya lain lain parti yang mewakili kaum Melayu di negara ini selama ini tidak membawa Islam yang sempurna dan hanya PAS yang sempurna dalam konteks dakwah.


AJ berpendapat, PAS boleh diibaratkan SAMBAL BELACAN yang tidak mempunyai resipi bermutu untuk bertanding di Sarawak kerana awal awal lagi mereka sudah tahu bahawa parti itu tiada tempat di hati pengundi di Negeri bumi kenyalang.

Dengar cerita salah satu isu yang dibawa oleh parti PAS di Sarawak adalah berkaitan dengan isu tanah adat dan cuba mempengaruhi pemikiran rakyat Sarawak seolah olah kerajaan negeri tidak mempedulikan isu tanah adat. Adakalanya rasa nak tergelak bila PAS membawa isu ini untuk mempengaruhi rakyat Sarawak.

Bagi parti PAS, isu yang berkaitan dengan tanah sememangnya sudah sinonim dalam penceramah mereka, sebagai contoh di Semenanjung mereka lebih tertumpu kepada pengundi di tanah rancangan termasuk FELDA dan FELCRA.

Jaguhnya tak lain dan tak buka kalau bukan si Mazlan salah seorang anak peneroka yang telah di 'reject' di Johor dan sering menjaja isu peneroka FELDA di serata ceruk ceramah yang dianjurkan oleh PAS. Tidak cukup dengan ceramah, dikhabarkan juga si Mazlan ni siap menerbitkan buku berkaitan isu FELDA yang mendakwa kononnya FELDA selama ini banyak menyeleweng hasil titik peluh peneroka.

AJ pernah menulis sebelum ini pasal Mazlan yang kononnya serba tahu hal ehwal yang berlaku dalam negara termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pertahanan negara. Kalau nak ambil tindakan ke atas mamat memang boleh kerana banyak mengulas isu pertahanan negara di khalayak umum kerana apa yang beliau sentuh berkaitan strategi pertahanan negara yang terikat dengan Akta Rahsia Rasmi.


Berbalik kepada topik utama yang AJ nak ceritakan , PAS begitu akur kepada DAP dalam pembahagian kerusi di Sarawak disebabkan ingin menjaga hubungan baik di antara mereka sedangkan DAP secara jelas dan nyata ingin memperkudakan parti itu demi mencapai matlamat untuk mendapatkan majoriti kerusi di Sarawak.


Selain itu, AJ juga tidak terkejut dengan  perkelahian antara parti SNAP dan PKR dalam pembahagian kerusi kerana SNAP yang sudah lama bertapak di Sarawak berbanding PKR yang baru saja mendirikan PONDOK USANG YANG TAK LAKU. Apa yang berlaku melibatkan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat dilihat memberi kelebihan kepada BN untuk terus menerajui tampuk pemerintahan bumi bertuah kenyalang.

NASIBLA PAS dan PKR di Sarawak yang akan menjadi SAMBAL BELACAN kepada DAP yang mana akan 'dicicah' sepuas-puasnya.

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox