PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, April 03, 2011

ISA Tidak Memilih Bulu walaupun Pesalah itu OKU

Salam..

ISA bukannya untuk menzalimi mana mana pihak tetapi satu peruntukan undang-undang yang telah diterima pakai bagi mengekang segala kegiatan subversif yang boleh menganggu gugat keselamatan negara malah  undang-undang ini tidak  memilih bulu walaupun seseorang itu bergelar 'OKU'.

Diberitakan semalam salah seorang yang mengusahakan peniaga kedai tom yam telah ditahan oleh pihak polis mengikut undang-undang ISA berdasarkan faktor yang mana suspek berkemungkinan telah terlibat dalam kegiatan yang boleh mengancam keselematan negara. Undang undang ini agak luas skopnya dan bukan hanya tertumpu kepada politik semata-mata.


Antara lain kes kes yang boleh dikenakan tindakan di bawah ISA adalah berkaitan dengan sindiket pemalsuan dokumen seperti sindiket memalsukan kad pengenalan dan parport. Justeru, pihak pembangkang jangan terlalu melihat undang-undang ISA dalam konteks yang sempit dan perlu mengadaptasikannya dalam kontkes yang menyeluruh.

Pihak berkuasa berkemungkinan mempunyai asas dan bukti yang cukup jelas untuk menahan seseorang itu mengikut ISA dan undang-undang ini tidak mengenal BENTUK FIZIKAL seseorang itu samada kudung, buta, ataupun disifatkan OKU. Ianya akan dikuatkuasakan selagi mana seseorang itu masih waras dan berpotensi untuk menjalankan kegiatan yang berkaitan subversif sehingga boleh memudaratkan keselamatan negara.

Sejarah telah membuktikan bahawa undang-undang ISA yang diamalkan di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan berjaya meletakkan negara kita pada tahap yang boleh dibanggakan termasuklah dari segi pencapaian ekonomi, sosial, politik dan lain-lain. Tidak sepertimana negara negara yang sering dilanda konlik seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga di timur tengah.

SOKONG ISA) @AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox