PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, April 28, 2011

Hj Hadi boleh diibarat "Habis Madu Sepah Dibuang"

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan menjalankan Muktamar Agungnya pada bulan Jun ini. Tahun ini juga merupakan tahun pemilihan. Para perwakilan ke Muktamar Agung akan memilih saf kepimpinan PAS Pusat yang baru.

Kali ini tidak banyak calon-calon baru yang akan bertanding. PAS Bukit Bintang membuat sedikit kejutan dengan mencalonkan Husam Musa sebagai Presiden dan menyifatkan itu hanyalah satu kes terpencil.

Hadi Awang telah dipuji melambung tinggi kononnya berjaya menjalankan amanah dengan sebaiknya sebagai Presiden PAS. Hadi mengambil alih tampuk kepimpinan setelah Almarhum Fadzil Noor pulang ke rahmatullah. Tanggungjawab yang dipikul oleh Hadi memang besar kerana beliau menggantikan seorang tokoh yang dihormati kawan dan lawan. Tetapi secara umumnya Hadi telah menjalankan amanah yang sewajarnya.

Dalam pada itu sesiapa tidak boleh menafikan bahawa Hadi telah membawa PAS ke satu tahap baru dalam sejarahnya. Sepuluh tahun dahulu, siapa yang boleh menyangka bahawa PAS akan mempunyai sebuah sayap untuk mereka yang tidak mempercayai keesaan Allah dan keRasulan Muhammad? Tetapi di bawah kepimpinan Hadi, PAS dikatakan telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Pun begitu, ada juga suara sumbang dari kalangan penyokong PAS sendiri menyfatkan masih ada unsur-unsur diskriminasi walaupun badan itu telah wujud. Ahli-ahli Dewan Himpunan masih tidak mempunyai hak yang betul-betul sama dengan ahli PAS yang beragama Islam.

Seperti manusia lain, Hj Hadi tidak boleh sombong dengan kelemahan yang ada pada dirinya. PAS kalah di Terengganu semasa beliau menjadi Menteri Besar. Dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini pula PAS kalah semua kerusi yang ditandingi. Ada lagi beberapa contoh lain yang boleh diberi untuk menunjukkan kelemahan Hj Hadi.

Hj Hadi bukannya maksum seperti Nabi Muhammad dan perlu juga sekali sekala mencermin dirinya sendiri untuk mengakui kesilapan yang telah dilakukan khususnya kepada umat Islam di negara ini.

Tetapi, persoalan sebenar ialah, adakah Hadi boleh menjadi Presiden yang baik untuk memimpin PAS dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya ke masa hadapan?

Kebenaran mungkin pahit untuk ditelan. Hakikatnya Hadi bukanlah individu terbaik untuk terus menjadi Presiden PAS. Hadi tidak mempunyai ketrampilan ataupun ketokohan untuk menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hadi telah mencipta imej beliau sebagai seorang pemimpin masyarakat Melayu Islam. Tetapi beliau tidak dilihat sebagai seorang pemimpin untuk rakyat Malaysia secara keseluruhan.

PAS dikatakan turut memiliki individu-individu yang boleh membawa parti itu ke satu tahap baru. Contohnya Husam Musa dan Nizar Jamaluddin hanya dua nama yang biasa disebut. Sudah pasti ada tokoh lain yang juga boleh melakukannya dan perlu dipertimbangkan.

Desas desus juga menyatakan ada sebilangan besar perwakilan PAS pada muktamar bulan Jun nanti mendesak Hj Hadi supaya berundur daripada jawatan Presiden PAS. Mereka juga menyarankan agar Hj Hadi menolak setiap pencalonan yang dikemukakan oleh PAS Kawasan dari seluruh negara.

Realitinya, sikap suka berdiam diri Hj Hadi ketika negara kita dikejutkan dengan isu-isu panas terutamanya yang membabitkan Anwar Ibrahim telah mengundang padah kepada Hj Hadi. Mungkin Hj Hadi sudah berfikir semasak-masaknya dan telah mendapat petunjuk daripada Allah, bahawa pemimpin yang dia pertahankan selama ini (Anwar) begitu teruk moralnya.

Itu sebab beliau jarang mengulas isu yang membabitkan Anwar Ibrahim.

"Dah la tu "Tok Guru", inilah yang dikatakan " Habis Madu Sepah Dibuang"...

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox