PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, April 25, 2011

Awas..! Anwar Bijak Mengatur 'Spy'

Disebabkan kejumudan yang terlalu kuat dan kepercayaan yang tidak berbelah parti PAS terhadap Anwar, membuat mereka (PAS) lalai dan terleka bahawa jerat Anwar begitu mustajab untuk mengatur strategi licik menjelang pemilihan PAS yang akan diadakan pada JUN akan datang.

Saya difahamkan Anwar sudah pun mengatur strategi yang tidak dijangka sama sekali oleh parti PAS untuk mengetegahkan calon yang dianggap 'spy' bagi menduduki jawatan penting dalam kepimpinan PAS Pusat.


Walaupun info yang diutarakan ini kurang jelas namun kita tidak boleh menafikan keupayaan Anwar Ibrahim dalam merancang sesuatu agenda tersembunyi tanpa disedari oleh pihak lawan yang akhirnya membawa kepada keretakan parti PAS yang selama ini begitu 'manja' melayan kerenah Anwar Ibrahim.

Anwar cukup bijak dalam hal yang sebegini di mana turut diakui oleh media-media barat bahawa kelicikannya satu ketika dahulu turut diiktiraf oleh agen-agen daripada negara luar.

Inikan pula Parti PAS yang hanya berkisar di negara kita dan tidak mempunyai hubungan dengan negara luar.

Mereka yang akan diketengahkan oleh Anwar ini dikatakan bertanggungjawab untuk meninjau atau monitoring dengan lebih dekat tentang masalah dan konflik yang berlaku dalam parti PAS. Seterusnya membuka laluan kepada Anwar untuk 'mempergunakan PAS' demi mencapai cita-cita yang di idamkan selama ini.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox