PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, April 22, 2011

Wajib Baca "Pengakuan" Shamsul Iskandar Tentang Anwar Pendusta.!


Sesuatu yang diluar jangka telah dibuat oleh Ketua AMK PKR Pusat , Shamsul Iskandar Mat Akin bahawa disebalik kesungguhan pihak polis yang menyiasat kes video klip seks Anwar setakat ini masih tiada laporan polis dibuat untuk mengaitkan pelakon itu Anwar Al Juburi.


Tambahnya, sekiranya terbukti bahawa pelakon itu adalah Anwar, tiada peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan dengan kesalahan Anwar mengikut kanun keseksaan dan kesalahan itu akan berbalik kepada mereka yang mengedar video berkenaan. Maksudnya yang bersalah disini adalah 'Datuk T' kerana mengedar bahan lucah kepada umum mengikut seks.292 Kanun Keseksaan.

AJ cuma nak jelaskan sedikit di sini kenapa Datuk T berbuat demikian? Dari awal lagi mereka sudah menjangkakan bahawa mereka akan didapati bersalah menayangkan video berkenaan dan bersedia dikenakan hukuman, tetapi tujuan utamanya adalah UNTUK MEMBERITAHU UMUM TENTANG MASALAH MORAL PEMIMPIN YANG BERNAMA ANWAR YANG DIJULANG SELAMA INI UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA. NEGARA KITA TIDAK BOLEH DITADBIR OLEH SEORANG PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI MASALAH MORAL SEPERTI ANWAR KELAK HANCUR NEGARA INI DENGAN ANAK BANGSANYA SEKALI.

Umpamamnya, dalam satu keluarga itu, ada seorang ayah yang sentiasa menunjukkan sikapnya sentiasa beramal dengan Allah. Dalam masa yang sama mempunyai anak dara yang cantik. Oleh kerana nafsu serakah yang jahat menguasai diri, tetapi tidak diketahui oleh isteri dan anaknya. Si ayah tadi rupa-ruanya suka berjoli dengan perempuan dan selalu melanggani 'pelacur'. Dalam konteks udang-undang negara ini, tidak ada peruntukan undang-undang khas kesalahan melanggani pelacur berkenaan. Tetapi dari segi, syaraknya bagaimana?

Islam melarang keras sama sekali terhadap umatnya yang bersekongkol dengan maksiat tambahan pula dalam kes tadi, lelaki berkenaan menonjolkan dirinya berperwatakan alim walhal mempunyai nafsu yang amat luar biasa terhadap perempuan. Adakah lelaki seperti ini wajar menjadi contoh yang baik kepada keluarga?

Cuba anda bayangkan dalam konteks video klip yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Senarionya adalah sama di mana kesanggupan ketiga-tiga trio menghebahkan video klips seks Anwar kepada umum adalah semata-mata untuk memberitahu rakyat tentang 'moral' seorang pemimpin yang akan mengahncurkan negara ini satu hati kelak.

INILAH KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH SHAMSUL ISKANDAR....

Di sebalik kesungguhan polis menyiasat ketulenan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, anehnya, tiada satu pun laporan polis dibuat mengenainya.

Dan sekali lagi, jika pun benar pelakunya adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysi

a itu, tiada peruntukan mahupun kanun keseksaan untuk mendakwa Anwar melakukan sebarang kesalahan jenayah, kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Walhal katanya, ketiga-tiga individu yang jelas berdepan dengan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan itu masih bebas sehingga kini.

"Dalam kes ini, tidak ada satu laporan pun yang dibuat mana-mana pihak untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar dengan apa-apa kes jenayah. Hanya laporan yang dibuat di seluruh negara menjurus secara khusus kepada Seksyen 292.

"Dan tidak ada satu kesalahan pun dalam mana-mana kanun keseksaan yang boleh mensabitkan (Datuk Seri) Anwar sekiranya betul pelakon itu adalah beliau, di mana kita menafikan ianya sekeras-kerasnya," ujar beliau.

Shamsul yang dihubungi Tv Selangor tidak menolak kemungkinan adanya campur tangan politik selain desakan daripada pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga Peguam Negara didesak memulangkan semula kertas siasatan tersebut kepada polis hari ini.

Katanya, polis seolah-olah berada dalam keadaan keliru memandangkan tiada asas kukuh dalam siasatan terbaru untuk mensabitkan Anwar dengan individu dalam video 21 minit berkenaan.

Justeru beliau menyatakan kekesalan terhadap tindakan Tan Sri Ghani Patail yang sekali lagi dilihat menjadi pencacai Umno-BN dalam usaha memusnahkan karier politik Anwar sejak tahun 1998.

"Saya hairan mengapa peguam negara memulangkan kertas siasatan itu (kali ke 2) seolah-olah pihak polis menyiasat dengan tidak sempurna. Apa yang ingin diketahui adalah satu perkara yang menghairankan.

"Di situ timbul satu persepsi dan kita menjangkakan bahawa peguam negara tidak berminat untuk membuat pertuduhan terhadap ketiga-tiga (trio Datuk T) suspek jenayah," ujar beliau lagi.

Shamsul tetap menegaskan bahawa ketulenan rakaman tersebut masih dipertikai kerana ianya berwarna hitam putih.

Rentetan perkara itu ujar Shamsul, kerajaan terus menggunakan helah media arus perdana sebagai medium untuk meracuni pemikiran rakyat.

"Sekarang ini mereka guna strategi baru pula iaitu dengan menggunakan kononnya pakai imej dan menyiarkan di muka hadapan akhbar (Berita Harian) lalu mengesahkan ianya imej Anwar

Trio 'Datuk T' iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay dan bekas bendahari Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Shuib Lazim mengaku mendalangi pendedahan rakaman video 21 minit kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara pada 21 Februari lalu.

Mereka mendakwa Anwar adalah individu yang melakukan aksi seks dengan pelacur berbangsa Cina namun di lokasi yang masih menjadi tanda tanya selain melakukan intimidasi jenayah dengan mengugut supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Umum.

Anwar walau bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan seterusnya membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga individu terbabit untuk disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan sekiranya bersalah akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 3 tahun dan denda.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox