PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, April 04, 2011

Akhirnya PAS Mengakui Takut Dengan 'Gelombang Merah' di Kelantan!

Salam..

Akhirnya PAS Kelantan sendiri mengakui bahawa 'mereka bukan kebal di Kelantan' setelah BN melancarkan 'GELOMBANG MERAH' untuk merampas kembali negeri itu daripada Parti PAS yang sekian lama memerintah tanpa membawa apa-apa perubahan untuk rakyat.

Perkara ini diakui oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan yang menyifatkan , biarpun masuk penggal ke-5 memerintah negeri itu, ahli PAS jangan berasa selesa kerana kerajaan PAS Kelantan bukanlah kebal.


Beliau ditemui selepas merasmikan program pemukiman kedua bloger PAS dan Pakatan Rakyat, anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di ibu negara semalam.

Tambah beliau lagi, jika tiada usaha kuat dari ahli PAS, maka tidak mustahil Umno akan kembali menguasai Kelantan. Malah menyifatkan UMNO sanggup berbuat apa saja demi mencapai citi cita politik mereka. Memang tak masuk akal jika berbicara dengan pemimpin PAS yang dah nak masuk separuh sewel yang asyik dok menuduh jer orang lain atas kelemahan diri mereka sendiri.

Ini berasaskan kepada trend sokongan rakyat masa kini yang dilihat mula cenderung untuk kembali menyokong BN berasaskan kepada beberapa PRK yang diadakan sebelum ini termasuklah semasa PRK GALAS dan PRK MANIK URAI.

Semasa PRK di DUN Manik Urai, PAS hanya menang dengan majoriti yang tipis manakala PRK di DUN Galas menyaksikan parti itu tewas kepada calon UMNO dan sudah tentu apa yang berlaku menjadi penanda aras kepada parti PAS untuk mengakui bahawa mereka bukannya KEBAL di Kelantan dewasa ini.


Saya percaya kekalahan BN di Kelantan bukannya berdasarkan faktor kekuatan Parti PAS tetapi berpunca daripada kelemahan BN sendiri terutama pergolakan dalam yang berlaku melibatkan kepimpinan tertinggi Perhubungan UMNO Kelantan.

Jsuteru itu, sekiranya BN berkeyakinan untuk merampas kembali Negeri Kelantan daripada PAS, perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana memupuk persefahaman di kalangan pimpinan Perhubungan UMNO Negeri. Sebagai contoh, tiga individu penting yang menerajui kepimpinan tertinggi UMNO Kelantan itu Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Anuar Musa dan juga Datuk Awang Adik Hussin perlu duduk semeja berbincangan pendekatan terbaik untuk menggerakkan jentera parti menjelang PRU akan datang.

Mereka perlu memberi penjelasan kepada setiap penyokong masing-masing supaya mengenepikan terlebih dahulu soal calon kerana yang paling penting setiap individu yang dicalonkan atas kapasiti UMNO perlu menang di setiap kerusi yang dipertandingkan.

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox