Pada dasarnya setiap indvidu yang ditahan di bawah undang-undang ISA kebiasaannya terlibat dengan aktiviti ataupun anasir yang menjurus kepada keselamatan negara dan undang-undang ini tidak mengenal sesiapa.
Ekoran penahanan ke atas seorang peniaga kedai tom yam bernama Kadir oleh pihak polis, abangya telah ditemudual oleh media pembangkang dan merayu kepada pihak berwajib supaya melepaskan adiknya. Beliau menyifatkan adiknya tidak bersalah dan kalau bersalah sekalipun, perlu dibicarakan di mahkamah sivil dan bukannya di tahan di bawah ISA.
Adakah si abang kepada KADIR ini tahu yang adiknya tidak pernah melakukan kesalahan??. Pihak polis semestinya mempunyai alasan kukuh untuk menahan Kadir di bawah ISA.
Dalam pada itu, timbul pula seorang JAGUH PKR yang bergelar seorang peguam kononnya penahanan ke atas Kadir oleh pihak polis adalah tidak sah bla blaaaaa!!!. Sakit hati bila dengar komen si peguam ni yang kononnya ingin menjadi 'HERO' memperjuangkan seorang yang dianggap telah dizalimi mengikut undang-undang ISA.
@AJ@
No comments:
Post a Comment