Orang malaysia kena baca tawarikh dunia dan jangan terkongkong dengan membaca sejarah melayu, cina, india dan inggeris 50 tahun kebelakangan ini sahaja. Setiap oarang mesti mahir tawarikh dunia supaya kita sedar tentang asal usul dan nilai nilai yang perlu dianuti di negara yang kita duduki.. Tawarikh juga menyedarkan kita betapa pentingnya survival sesuatu etenik, kaum, masyarakat dan seterunya sesuatu bangsa di atas muka bumi ini.
Jangan fikirkan nasib yang menentukan masa depan sesuatu bangsa tetapi keikhlasan, keimanan, ketelusan,keilmuan, kekuatan fizikal/mental dan bahasa bangsa tersebut adalah tunjak kepada memartabatkan sesebuah bangsa. Perkara ini boleh dilihat dalam sejarah kehilangan bahasa dan sesuatu bangsa dari alam fana ekoran perpecahan dan percakaran sesama bangsa itu sendiri. Dan kesempatan ini diambil oleh musuh mereka yang inginkan bangsa tersebut hancur dan hilang dari peta dunia. Kebanyakan pribumi dan orang asal yang wujud 1000 tahun dahulu di kawasan pedalaman seperti di Austarlia dan Amerika kini telah kehilangan wadah bangsa mereka dan merempat di negara sendiri. Ini kerana mereka tidak bersatu dalam suasana politik zaman ketika itu dan sering berperang sesama sendiri. Orang luar kini menjadikan mereka sebagai bahan sejarah. Di Australia pribumi ini dipinggirkan dan kebanyakkan mereka akan hapus dari tPulau Besar Australia kerana pribumi ini menjadi buta huruf dan kaki botol.........bab (1)
No comments:
Post a Comment