PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, June 06, 2011

PAS semakin terdesak mendapat sokongan Melayu dan perlu kembali kepada sejarah..!

Salam perjuangan…

Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951). Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang). PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.

Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.

Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah. PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.

MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Pernah pada tahun 1995, satu buku telah diterbitkan oleh Dewan Muslimat PAS mengenai pendirian Presiden PAS , Hj Hadi Awang yang menceritakan konsep ‘penubuhan Negara Islam’ di Malaysia. Namun, ianya setakat tertulis sahaja dengan mata pena tetapi perlaksanaannya tidak sepertimana yang dicatit. Malah PAS dillihat agak keberatan untuk meneruskan agenda Islam yang dicanang kerana dibatasi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya DAP yang selalu mencari jalan menentang idea islamik PAS.

Namun, apa yang berlaku hari ini amat mengejutkan kerana apa yang dilaungkan selama ini telah dibuang ketepi dan tidak penting. PAS hari ini sudah lupa sejarah mereka bagaimana usaha pemimpin yang terdahulu laung-laungkan.

Hari ini PAS sudah menjadi boneka dan pak turut yang begitu setia kepada DAP dan PKR sehingga mereka tidak berdaya untuk menyatakan pendirian Apa yang diperkatakan oleh DAP dan PKR adalah ‘YA’ kepada parti PAS. Banyak isu-isu yang melibatkan pemimpin dalam pakatan PAS tidak diendahkan malah menyangkal dengan penuh yakin meskipun mereka tahu apa yang didedahkan itu ada kebenarannya.

PAS sebenarnya sudah tersepit di dalam kancah penipuan politik oleh rakan-rakan pakatan mereka. Negara berkebajikan yang menjadi intipati perjuangan baru parti itu sebenarnya satu ‘ungkapan paksaan’ yang terpaksa diluahkan oleh Hj Hadi semata-mata untuk menyenangkan DAP dan PKR.

Jika benar, kenapa sejak bertahun-tahun PAS melaungkan slogan Membangun Bersama Islam masih tidak praktikal di negeri Kelantan khususnya. Sistem pemerintahan di negeri itu masih berada pada takuk yang lama. Dengan kata lain, ianya adalah kesinambungan daripada kerajaan yang terdahulu...AJ

Kalau dah pak turut, masuk kandang 'babi' pun sanggup...!

Kalau dah menjadi pak turut tetap pak turut sampai sanggup hadir di gerai pameran menjual makan berasaskan daging babi. Ini yang berlaku di Pulau Pinang apabila EXCO agama Islam yang senyum sempoi disebelah Lim Guang Kejadah hadir merasmikan ekspo berkenaa.

Baca selanjutnya di blog MPP   >DISINI<

Hj Hadi tahu Anwar pelakon dalam video tetapi sengaja menyembunyikan sesuatu..!

Kenyataan Hj Hadi yang masih bergegil mempertahankan Anwar pelaku seks dalam video perlu dilihat dari mata hati kerana saya berpendapat gaya ucapan serta riak wajah Hj Hadi ketika mengeluarkan kenyataan itu ketika ucapan penangguhan Muktamar PAS, seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Saya percaya ramai dikalangan pemimpin PAS sudahpun menonton video berkenaan untuk membuat penilaian masing-masing samada benar atau tidak Anwar adalah lelaki rakus yang beraksi dalam video berkenaan.

Tidak salah jika saya menyatakan bahawa ramai dikalangan ahli PAS yang menonton video berkenaan percaya 100% bahawa pelaku dalam video berkenaan adalah Anwar. Ini realitinya yang pelu rakyat sedar bahawa PAS sengaja tidak mahu mengaku disebabkan sifat mereka yang tidak mahu kehilangan kuasa politik oleh sebab hilangnya sokongan orang-orang Melayu terhadap parti PAS yang bersekongkol dengan pemimpin kaki seks.

Cuba tuan-tuan banyangkan, adakah logik dan rasional kenyataan Hj Hadi yang menyifatkan rakaman video berkenaan adalah 'besi', tidak mempunyai mata dan telinga' untuk dijadikan bahan bukti? Maksudnya, pihak yang membuat tuduhan iaitu Datuk T perlu mengemukakan 4 saksi yang cukup sifat atau dengan kata lain memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga.

Selanjutnya baca  >DISNI<

Langsung tidak masuk akal kerana Hj Hadi seolah-olah menidakkan keupayaan sistem teknologi yang canggih walhal mereka juga turut menggunakan medan ini bagi tujuan pengaruh politik. Sebagai contoh, jika berlaku sesuatu pilihanraya yang menyebabkan PAS atau Pakatan Kalah, kita biasa dimomokkan dengan cerita 'pengundi hantu' yang menjadi faktor kekalahan PAS ketika itu. Isu ini seringkali menjadi 'senjata tumpul' PAS untuk mempertikaikan kewibawaan badan pengendali pilihanraya SPR yang mana seolah-olah bersikap 'double standard' dan tidak adil kepada rakyat.

Justeru itu, kita boleh merujuk kembali kepada kenyataan Hj Hadi yang berkeras perlu mengemukakan 4 saksi untuk mengatakan SPR tidak berlaku adil dalam pilihanraya. Maksudnya, jika PAS hanya bercakap serta menunjukkan gambar dan video, ianya tidak boleh diterima sama sekali kerana itu semua tidak boleh dijadikan bukti.

Begitu juga dengan lain -lain perkara seperti tohmahan dan fitnah yang sering dilemparkan kepada kerajaan dalam siri ceramah PAS termasuk serangan peribadi pemimpin negara sehingga mendatangkan aib. Sebagai contoh, banyak dalam ceramah-ceramah PAS sentiasa mengaitkan DS Najib dengan pembunuhan Al Tantunya. Jika berbalik kepada kenyataan Hj Hadi, PAS dan Pakatan Haprak perlu mengemukakan 4 saksi yang sempurna untuk membuktikan dakwaannya. Jangan hanya bercakap membabi buta kerana setiap rakaman video dan gambar yang dikemukakan tidak boleh dijadikan bahan bukti untuk diperjelaskan kepada rakyat.

Satu lagi contoh serta perbandingan yang ingin dibuat oleh saya, dalam isu pembelian kapal selam scorpe, dalam ceramah-ceramah PAS memang tidak lekang isu ini diputar belit kepada rakyat . Jika benar dakwaan wujudnya kospirasi dan penyelewengan beruhubung isu ini, PAS juga perlu mengemukakan 4 saksi mengikut kaedah Islam untuk membuktikan dakwaannya. Setakat gambar dan rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti.

Justeru itu, berdasarkan beberapa perbandingan yang dinyatakan di atas, kesimpulannya mudah bahawa Hj Hadi 'tahu' pelaku dalam video berkenaan adalah Anwar tetapi masih berkeras tidak mengaku kerana beberapa faktor. Antaranya, jika Hj Hadi membuat pengakuan bahawa pelaku itu adalah Anwar, sudah tentu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat akan terjejas dan hendak atau tidak PAS perlu bercerai dengan Pakatan Rakyat demi menjaga imej Islam mereka pada pandangan mata rakyat. Jika berdegil, nampak sangat PAS tidak kisah siapa rakan pimpinan mereka waima kaki seks asalkan mendapat kuasa. Jika ini berlaku, sudah tentu rakyat akan bangkit malah pendokong PAS juga akan melenting dan marah kepada pemimpin yang bersekongkol dengan kaki maksiat yang akhirnya membawa kepada perpecahan kepada parti PAS.

INILAH YANG PALING DITAKUTI OLEH HJ HADI....! AJ

Syabas KIMMA!!!.Usaha anda harus dicontohi...!

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) akan melancarkan kempen dalam masa terdekat untuk mendaftarkan kira-kira 100,000 orang beketurunan India Muslim sebagai pengundi tahun ini.

Presidennya Datuk Syed Ibrahim Kader berkata kempen menerusi pameran bergerak di seluruh negara itu akan dilaksanakan oleh Skuad 1KIMMA bagi membolehkan pengundi baru dapat menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Selanjutnya  >DISINI<

Sunday, June 05, 2011

Berakhirya legasi kepimpinan ulamak dalam PAS apabila erdogan kaki demostrasi diangkat menjadi pemimpin...!

Apa sudah jadi sebenarnya dengan PAS? Kemenangan Mat Sabu bagi jawatan Timbalan Presiden PAS mengalahkan dua calon lain termasuk penyandang, Nasharuddin Mat Isa satu petanda baru bahawa corak kepimpinan PAS sudah berubah. Jika sebelum ini PAS dibawah Ustaz Nasharuddin dilihat agak perlahan dalam mengemudi parti itu, kini diberi nafas baru oleh Mat Sabu yang terkenal dan hebat di pentas ceramah sebagai kaki kutuk dan kaki mencela pemimpin-pemimpin BN. Bukan setakat itu, Mat Sabu juga salah seorang pemimpin PAS yang menjadi idola kepada ‘pendemo-pendemo haram’ sekiranya berlaku perhimpunan di Kuala Lumpur.


Percaya atau tidak itu semua terpulang kepada anda semua, namun dari hasil penelitian yang dibuat penulis, ramai dikalangan peminat-peminat setia Mat Sabu sudah memberi isyarat awal bahawa mereka akan bersama-sama dengan Mat Sabu sempena perhimpunan Bersih 2 pada bulan Julai akan datang. Mudahnya, siapa yang lantang bersuara dan berani berada di depan, itulah yang menjadi pilihan kepada penyokong setia PAS. Soal kelayakan akademik ataupun mempunyai buah fikiran yang bernas serta librelal, langsung ditolak oleh penyokong PAS yang akhirnya menghancurkan asas perjuangan sebenar parti PAS ditubuhkan.

BENARKAH HJ HADI KATA PIMPINAN BARU MANTAP?

Suara majoriti kehendak ahli parti tidak boleh dipandang enteng oleh Hj Hadi kerana undi mereka sebagai penentu kepada legasi kepimpinan PAS pada masa akan datang. Kenyataan Hj Hadi yang mnyifatkan kemenangan Mat Sabu sebagai pembantunya langsung tidak menampakkan keihlasan yang lahir dari hati.

Hendak atau tidak, Hj Hadi dalam keadaan ‘terpaksa’ menerima hakikat bahawa suaranya sudah tidak laku untuk mempengaruhi undi perwakilan supaya setiap perwakilan berfikir secara rasional dalam membuat pilihan pada hari pengundian. Sementara itu, adakah kedua-dua pemimpin nombor satu dan nombor dua ini boleh bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam menjalankan dasar parti atau merencana konsep baru parti itu.

ADAKAH DAP DAN PKR BERJAYA ‘MENCATUR’ HALA TUJU PARTI PAS?

PAS semestinya tidak gusar dengan kemenangan Mat Sabu yang berjaya merampas kerusi Timbalan Presiden daripada Nasharuddin Mat Isa kerana mereka dilihat masih bertahan dengan adanya Hj Hadi yang masih menerajui parti itu. Namun, adakah kedudukan ini akan berkekalan sekiranya Mat Sabu berjaya memainkan peranannya satu hari nanti? Sudah pasti kerusi panas Presiden akan tergugat yang akan memberi kelebihan kepada Mat Sabu berada di saf paling utama dalam kepimpinan PAS. Ini tidak mustahil.

Dalam pada itu, adakah Mat Sabu bersendirian untuk meneruskan kesinambungan parti PAS tanpa sokongan dan dokongan daripada ‘pengaruh luar’ parti seperti DAP dan PKR. Yang pasti, kemenangan Mat Sabu menduduki kerusi nombor dua dalam PARTI PAS sudah memberi kelegaan kepada juak – juak PKR dan DAP yang sudah lama menunggu saat manis seperti ini.

Cuba bayangkan sekiranya, Mat Sabu dan Anuar berada di pentas ceramah, tidak banyak beza antara mereka berdua kerana bila disebut nama saja, sudah sebati dalam kehidupan penyokong PAS, kedua-duanya mempunyai kelebihan untuk menjadikan ceramah itu kelihatan ‘gempak’ dan mendapat sambutan luar biasa.

Agak terkejut juga saya bila terbaca beberapa komen dalam blog pembangkang bahawa Mat Sabu contoh terbaik dikalangan pimpinan PAS kerana tidak pernah mencaci, fitnah dan mengutuk pemimpin BN dalam ceramahnya. Agak nak tergelak juga ada kerana setahu penulis, mana-mana penceramah yang diundang akan dilabelkan hebat sekiranya mempunyai gaya penyampaian ‘mencaci pemimpin lawan’ dengan pelbagai bahasa kesat disamping dengan laungan takbir. Justeru itu, adakah Mat Sabut tidak tergolong dalam apa yang disebut di atas? . Kalau tak percaya cuba sekali hadir ceramah yang dihadiri oleh Mat Sabu, berapi kaki kutuk.

PAS TIDAK PERSOAL GOLONGAN ULAMAK MAHUPUN ERDOGAN. ADAKAH BENAR?

Pelantikan Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS memperlihatkan lebaran baru hala tuju parti itu Buat pertama kali dalam sejarah PAS peranan golongan erdogan diangkat oleh akar umbi untuk menerajui parti. Melalui kemenangan Mat Sabu sudah tentu akan menghakis imej islam yang diperjuangkan PAS dan ini akan memberi kelebihan kepada UMNO secara tidak langsung.

PAS akan terus bergolak dari dalam kerana yang tinggal hanya presiden terkapai-kapai dari golongan yang dianggap ‘ulamak’ kerana kesemua pembantunya termasuk Timbalan Presiden dan Naib presiden adalah golongan erdogan yang bernafsu besar, liberal serta nakal dan sentiasa mengambil kesempatan. Malah PAS akan semakin lemah dan dibuli oleh DAP dan PKR. Bahkan kemenangan Mat Sabu kali ini merupakan detik kejatuhan PAS dan pakatan rakyat yang kesalahan besar perlu ditanggung oleh Nik Aziz. Yang pasti ada hikmah disebalik kemenangan Mat Sabu keatas legasi politik UMNO di Malaysia atau dengan kata lain, UMNO masih diberi ruang terbaik untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Melayu dan Islam keseluruhannya.

Teringat kata-kata Datuk Harun Din, Timbalan Mursidul Am PAS dan juga beberapa perwakilan PAS yang berbahas mengenai pentingnya generasi ulamak sebagai pemimpin parti untuk ‘dikekalkan’ dalam pemilihan kali ini yang akhirnya dihukum begitu hebat oleh perwakilan setelah memberi kemenangan kepad Mat Sabu. Percaya atau tidak, suara ulamak seolah-olah tidak diperlukan lagi oleh perwakilan kali ini dan hakikanya terpaksa ditanggung oleh Hj Hadi dan Nik Aziz..Wasalam..AJ

Saturday, June 04, 2011

PAS : Islam tah kemana, negara kebajikan 'acuan DAP'..!

Pas terlalu gusar memikirkan sama ada DAP menerima negara Islam acuan Pas atau tidak. Ada perkara yang lebih penting sewajarnya menjadi kebimbangan Pas dewasa ini. Apakah Pas secara serius pernah memikirkan sama ada masyarakat Islam di Malaysia ini menerima pembentukkan negara Islam dengan terbuka ataupun selama ini hanya beranggapan, orang Islam pastinya akan menerima dan menyokong pembentukkan negara Islam di Malaysia?.


Dari sudut lain, pastinya DAP bergelak ketawa dengan pendirian semasa PAS hari ini yang menampakkan PAS seakan-akan gelisah dan khuatir akan hilang kepercayaan DAP (undi Cina) dan PKR dalam PRU akan datang.

Jika dahulu, PAS agak sinonim dengan slogan keramat mereka 'Membangung Bersama Islam' tetapi hari ini ungkapan tersebut hanya tinggal nama sahaja. Faktor utama yang menyebabkan pendirian PAS berubah semenjak parti itu bergabung dengan DAP dan PKR yang sudah jelas menentang konsep penubuhan negara Islam PAS. Situasi ini berlaku berlarutan sehingga PAS tidak sedar agenda tersembunyi yang dicanang oleh parti rasis DAP.

Antara intipati ucapan dasar Hj Hadi pada Muktamar PAS tahun ini...

"Mauduk yang begitu besar ini, menuntut kita untuk membawa tema MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN, sebagai tema muktamar pada tahun ini," katanya.

Ini bertepatan dengan perjuangan PAS yang berkonsepkan amal kebajikan, di mana seluruh kegiatan kita selama ini adalah kebajikan, apabila Allah SWT memberi kemenangan dengan pertolongannya maka wajib diisi dengan kebajikan, tambahnya.

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox