PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, September 26, 2011

Nik Aziz dijangka berpelukan dengan DAP selepas mesyuarat tergempar Rabu ini

Keputusan muktamad mengenai kedudukan DAP dalam Pakatan Rakyat(PR) ekoran percanggahan pendapat mengenai isu Hudud dijangka akan diketahui rabu ini ketika mesyuarat tergempar barisan kepimpinan PR. Dakwaan Ketua UMUM parti PKR bahawa kesemua barisan kepimpinan Pakatan Rakyat telah mencapai kata sepakat berhubung isu Hudud sebelum ini hanyalah lakonan dan bermuka-muka. Ini kerana masalah berhubung isu Hudud dalam Pakatan Rakyat sebenarnya sudah menjadi barah yang susah untuk diubati melainkan PAS atau DAP bertindak keluar Pakatan Rakyat.


Malah, Anwar sekali lagi cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyebut bahawa mesyuarat yang bakal berlangsung rabu ini akan membincangkan mengenai Bajet 2012. Pastinya perbincangan kali ini begitu menarik kerana umum sudah sedia maklum barisan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini dilanda pelbagai konflik samada melibatkan dalaman mahupun luaran parti masing-masing.

Kesemua tiga parti dalam gabungan Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR telah mengundang persepsi yang berbeza dikalangan rakyat. Pertama DAP yang kini dilabelkan sebagai parti perkauman yang sentiasa cuba sedaya upaya untuk menjadikan negara ini ditadbir secara demokratik disamping menjadikan Kristian sebagai agama rasmi menggantikan agama Islam. Justeru itu, tidak hairan jika S/U Agong DAP membuat ugutan bahawa kesemua kepimpinan DAP Pusat akan meletak jawatan sekiranya Hudud menjadi agenda dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Klik >DISINI<

Manakala PAS pula diterjemahkan rakyat sebagai parti 'pak turut' kepada DAP dan PKR dan agenda menjadikan Islam tidak lagi berkumandang seperti dahulu. Malah isu terbaru mengenai cadangan melaksanakan Hudud dilihat sebagai propaganda untuk menutup kebaikan yang dilakukan oleh Najib. Jika benar kenapa selama berpuluh tahun memerintah Kelantan masih tidak melaksanakan Hudud. Alasan kononnya ketika itu Tun Dr Mahathir tidak memberi kebenaran disamping memberi ancaman tidak boleh diterima. Kenyataan Nik Aziz yang tidak kisah jika DAP keluar Pakatan Rakyat jika tidak menerima Hudud masih menjadi tanda tanya dan menimbulkan pelbagai persoalan. >DISNI<

Seterusnya PKR yang sentiasa dilanda krisis moral melibatkan ketuanya sendiri. Penafian yang dibuat oleh Anwar tidak kukuh kerana tidak dibuktikan secara jelas dan konkrit bahawa itu semua propaganda musuh-musuhnya untuk menhancurkan karier politik beliau. Rasanya jika Anwar melakukan sekali saja sumpah laknat menafikan beliau telah meliwat Saiful Bukhari Azlan serta menafikan beliau bukan individu dalam klip video seks bersama pelacur Cina, nescaya peluangnya untuk mendapat semula sokongan rakyat terbuka luas.

Justeru, kita semua jangan terkejut seandainya selepas mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat pada Rabu ini, Nik Aziz, Karpal Singh, Kit Siang, Anwar Ibrahim, Guang Eng, Mat Sabu, Hj Hadi serta tokoh-tokoh yang lain akan berpelukan antara satu sama lain. Ianya semata-mata memberi gambaran kepada umum bahawa apa yang berlaku sebelum ini hanya percanggahan pendapat secara individu. Makanya, berakhir sudah cerita sandiwara semasa yang diilhamkan oleh Pakatan Rakyat.

Petikan kenyataan Anwar dalam Malaysian Insider

“Mesyuarat telah dijadualkan untuk membincangkan soal bajet dan juga isu (hudud) yang telah dijadikan besar oleh media,” kata beliau merujuk kepada liputan media ke atas isu hukum hudud sejak awal minggu lalu.

Bagaimanapun Anwar menekankan bahawa isu hudud bukan sesuatu yang baru, malah PAS juga jelas dengan pendirian mereka. Semalam, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud.

Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

“Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir,” katanya.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox