Indonesia sekali dikejutkan dengan berita kejadian serangan pengebom berani mati (suicide bomber) di sebuah gereja wilayah Kota Solo, Jawa Tengah hari ini. Ekoran kejadian itu, seramai 19 orang jemaah Kristian yang baru saja selesai mengerjakan ibadat tercedera dan turut mengorbankan nyawa pegebom berkenaan.
Mengikut jurucakap pihak keselematan Indonesia, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Indonesia Insp Jen Anton Bachrul Alam berkata 19 yang cedera dalam kejadian itu kini dirawat di dua hospital di Solo, dan sehingga pukul 4.30 petang, lima daripada mereka telah dibenarkan pulang.
Bedasarkan kepada keterangan saksi, pengebom berkenaan turut berada di dalam gereja sebelum meletupkan dirinya. Sejurus selesai upacara ibadat, jemaah penganut krtisian berpecah dua kerana ada sebahagiannya masih berada di dalam gereja.
Ketika sampai di pintu utama, satu letupan kuat kedengaran dan mencederakan ramai orang yang berada di sekitar gereja yang kini masih di hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Serangan oleh pengebom berani mati itu berlaku di Gereja Bethel Injil Sepenuh, Kepunton, Kota Solo pada pukul 10.55 pagi. Anton berkata pelaku dipercayai menyamar sebagai anggota jemaah dan ikut sama melakukan ibadat.
Setakat ini polis belum mengenal pasti identity pengebom berkenaan dan akan menyiarkan gambar wajah mayat pengebom itu dan merayu orang ramai tampil memberikan maklumat mengenai identiti pelaku bagi membantu siasatan kejadian itu.
No comments:
Post a Comment