PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, September 26, 2011

Negara berkebajikan atau Hudud pilihan Hj Hadi

Hj Hadi dimaklumkan sekarang tengah pening memikirkan pilihan terbaik buat parti PAS samada mendokong negara berkebajikan ataupun negara Islam yang meletakkan Hudud sebagai dasar dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.

Setakat ini kita belum dipaparkan mengenai pendirian Hj Hadi selaku presiden parti dan hanya dibahaskan oleh penasihat PAS sahaja iaitu Nik Aziz. Dimana sebenarnya kuasa preiden PAS? Adakah presiden yang dilantik kali ini tidak berkuasa atau menjadi penakut kepada rakan pakatan mereka khususnya DAP.

Situasi ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa kedua-dua pemimpin tertinggi PAS ini tidak sehaluan dan sependapat ketika membuat keputusan. Ahli parti menjadi keliru terhadap kedua-dua pemimpin ini ataupun satu lagi sandiwara mereka berdua untuk menutup segala kelemahan pentadbiran dan pimpinan PAS.

Semua kisah-kisah yang mendatangkan berita buruk kepada PAS akhirnya lenyap dikambus oleh isu Hudud. Contohnya isu Mat Sabu yang kini telah reda dan tidak lagi diperbahaskan oleh rakyat. Begitu juga masalah bekalan air kepada 1.56 juta rakyat di Kelantan yang berada pada tahap kritikal pun turut dikambus cerita Hudud.

P/S : Nampaknya wayang PAS semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox