PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, July 04, 2011

Jangan mengaku kalah dengan titah YDP Agong, kata Aziz Bari...!

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong adalah payung rakyat jelata yang merupakan ketua negara. Kedudukannya ditempat yang paling tertinggi sememangnya sudah termaktub dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak sekalipun. Begitu juga dengan Perlembagaan Malaysia yang merupakan undang-undang tertinggi yang tidak boleh dicabar status dan kedudukannya.

Apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah mengenai penganjuran perhimpunan haram Bersih 2 semalam >DISNI<. Aziz Bari yang sebelum ini mendesak campurtangan Yang Dipertuan Agong, mengeluarkan kenyataan bahawa penganjur tidak perlu mengaku kalah. Kata Aziz.. >DISINI<

"Berunding tak semestinya kekalahan pada Bersih,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut Aziz, ini kerana Seri Paduka Baginda bertitah berunding dan ini boleh memberi makna laksanakan tuntutan supaya pilihan raya yang adil dan bebas diadakan.

“Ringkasnya kedua-dua pihak perlu bersedia berunding dan rujukannya perlu Perlembagaan Persekutuan,” kata pakar perlembagaan ini.

Justeru itu,apa sebenarnya niat penganjur Bershit? Pernah stu ketika, SPR dan pihak polis sedia memberi ruang di meja rundingan untuk menyelesaikan perkara ini. Tetapi, ianya ditolak mentah-mentah oleh penganjur berSHIT. Tawaran polis supaya penganjur mengadakan perhimpunan di stadium adalah tidak relevan dan sebagainya. Kenapa jalanraya di ibu kota juga yang dipilih? Rakyat sedar akan matlamat sebenar penganjur kerana majoriti rakyat tidak lagi menjadi hamba kebodohoan pihak pembangkang yang cuba menggugat kestabilan politik di negara ini.

Begitu juga dengan tawaran yang dibuat oleh SPR melalui meja rundingan kepada penganjur berSHIT 2 tetapi tidak diendahkan >DISNI< dengan alasan tuntutan yang dibuat pada tahun 2007 masih tidak ditunaikan oleh SPR. Betul ke? Kalau tdak masakan empat buahn negeri berjaya di tawan oleh pihak pembangkang pada PRU-12 yang lalu.


Pokok pangkalnya, penganjur berSHIT mempunyai angenda tersirat yang sudah diketahui umum bahawa kedegilan ingin meneruskan demonstrasi haram pada 9 Jul 2011 nanti ada muslihat. Mereka sengaja ingin memberi tontonan kepada dunia bahawa kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat kini mendapat tentangan.

Ketika itu, media-media antarabangsa akan membuat liputan mengenai demonstrasi haram ini yang sudah tentu diwakili oleh media-media yang berpihak kepada parti pembangkang. Sepertimana yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini yang masih tidak mencapai jalan penyelesaian.

Inilah perancangan sebenar penganjur Bershit 2 untuk mengadakan demonstrasi jalanan pada 9 Jul 2011 nanti. Ianya sudah tentu dikepali oleh Melayu penderhaka bernama Anwar Al Juburi kerana Ambiga hanyalah boleh disifatkan sebagai 'Kambing Hitam' dalam penganjuran Bersih 2.

DENGAR CERITA MAT SABU TAK TAKUT ISA...! BERSEDIA KENA TAHAN ISA..! TENGOKLA NANTI MAT SABU..!

Konsep negara 'berkebajikan' PAS membawa padah di Kelantan..!

Lebih 50,000 rakyat Kelantan menyambut Perdana Menteri sempena lawatan seharinya ke negeri Kelantan semalam. Sejumlah 25,000 menunggu Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh sejak awal pagi, 15,000 di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors di Sekolah Kebangsaan Machang I dan 10,000 pada jamuan rakyat di perkarangan Wisma Persekutuan.

Sambutan yang amat mengejutkan semua pihak terutama Najib sendiri. Di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang - Pas sejak 21 tahun lalu, secara tiba-tiba memberi sambutan yang amat hebat.

DS Najib sendiri beberapa kali menyebit perkataan 'teruja' dengan sambutan yang diluar dugaan. Apakah ini satu petanda perubahan atau pun sebaliknya. Harus diingat Kelantan terkenal dengan wayang kulit, mungkinkah ini hanya sebahagian daripada wayang-wayang tersebut. Dan seperti biasa, setiap kali ada program besar membabitkan Perdana Menteri atau Barisan Nasional (BN) maka Pas sepantas kilat mengadakan program balas.

Pada masa yang sama Jamuan Rakyat sedang berlangsung, khabarnya ada program khas yang dinamakan Munajat Jatuhkan Kerajaan Jahiliyah (pada asalnya pelancaran Bersih 2 tetapi ditukar pada saat akhir kerana takut ditangkap) yang turut menampilkan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu dan dua naib presiden, Mahfuz dan Husam.

Tetapi kehadiran amat menyedihkan, lebih kurang 1,000 orang sahaja. Hanya satu peratus daripada jumlah kehadiran di majlis Perdana Menteri. Jika dibandingkan dengan sebelum ini, jumlah terbalik, 10,000 di program Pas, 1,000 di program BN.

Perlu diingat penceramah pada majlis di Pasir Mas itu itu adalah orang nombor dua Pas dan barisan pimpinan yang dikatakan amat hebat untuk membawa perubahan kepada Pas.

Apakah ini petanda rakyat Kelantan berubah? atau mungkinkah ini tanda protes rakyat Kelantan selepas pengguguran dasar Negara Islam dan digantikan dengan Negara Berkebajikan.

Sunday, July 03, 2011

6 lagi pemimpin DAP kena tahan berkaitan berSHIT 2 keparat..!!!

Enam lagi anggota DAP termasuk Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa ditahan polis pagi ini ketika majlis gotong-royong, dipercayai sebahagian daripada aktiviti simbolik Bersih 2.0 yang diharamkan dua hari lalu. Keenam-enam mereka yang mengenakan kemeja-T, yang membawa reka bentuk yang berbeza daripada logo Bersih 2.0, ditahan di pasar Taman Pelangi, Johor Baru ketika mengedarkan risalah kepada orang ramai.

AP Bakri Er Teck Hwa
Ketika ditahan, pemimpin keparat ini mendakwa mereka hanya menjalankan aktiviti komuniti menjaga kebersihan kawasan. Walhal sudah terangan memakai baju bersih disamping mengedarkannya kepada hadirin.

Enam mereka termasuklah Er, ketua Pemuda Sosialis DAP Johor Tan Hong Pin, naib ketuanya Jason Josob, anggota jawatankuasa DAP Johor Chen Kah Eng, setiausaha DAP cawangan Taman Bukit Indah Yan Boon Meng dan penolong pengarah pendidikan politik DAP Johor Tang Chee Kia.

INGAT BERSIH 2, INGAT PERTUBUHAN HARAM. MAKA SESIAPA YANG HADIR UNTUK MENCETUSKAN HURU HARA PADA PERHIMPUNAN ITU ADALAH HARAM DAN PERLU BERTAUBAT. INI ADALAH KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

Provokasi Malaysiakini yang paling banggang...!

Wartawan Malaysiakini perlu tanya diri mereka kenapa mereka diancam? Kenapa kumpulan yang melakukan demonstrasi di Pulau Pinang begitu marah kepada mereka terutama wartawan Cina bernama Susan Loonie. Sikap pembelit mereka dalam melaporkan sesuatu berita telah membuatkan penyokong kerajaan dan suara majoriti rakyat semakin 'berapi' dan naik angin. Banyak pembohongan dan laporan yang begitu tidak masuk akal dimuatkan ke dalam laman berita mereka menyebabkan mereka diancam.

Itu baru ancaman mungkin selepas ini ada lagi perkara-perkara di luar jangkaan akan berlaku jika media balaci ini seringkali memuatkan berita berat sebelah dan tidak tepat. Ini sebagai peringatan kepada wartawan MK supaya lebih berhati-hati dan tidak menimbulkan kemarahan pembaca yang seringkali dimomok dengan cerita temberang pro pembangkang.

Akhiranya pihak polis menjadi mangsa mereka untuk mengadu hal. Sepatutnya mereka mengadu kepada LGE dan Anwar Al pengkhianat negara untuk meraih simpati. Tidak cukup dengan itu, mereka menyalahakan pihak polis kenapa tidak bertindak awal kerana sudah mengetahui awal tentang demonstrasi itu.

Bayangkan tuan-tuan betapa bodohnya mereka ini? Kenapa saya berkata demikian?. Jawapannya mudah, anda sememangnya bodoh kiranya berkata sedemikian kerana apa yang berlaku di Pulau Pinang itu, hanya melibatkan angka melebihi seribu orang. Bayangkan jika perhimpunan Bershit yang akan diadakan pada 9 Jul 2011 nanti mencecah ratusan ribu pengikut pembangkang? Angka ini bukan saya reka tetapi inilah angka matlamat Bersih iaitu ingin mencapai sasaran 300 ribu orang membajiri lokasi strategik di Kuala Lumpur.

Tambah lagi, pihak polis sudah memberi amaran dan nasihat tetapi tidak diendahkan oleh sebab keangkuhan menyokong idea Ambiga. Bahkan, hanya mereka yang tidak berakal saja mentafsirkan bahawa Bersih akan mengadakan demonstrasi secara aman. Dalam suanana yang sudah menampakkan ketegangan akan berlaku berdasarkan banyak desakan dan amaran oleh satu lagi kumpulan yang dilihat cuba mempertahankan kerajaan.

Seperkara lagi yang kita perlu ingat bahawa implikasi daripada demonstrasi yang akan diadakan. Cuba bayangkan, jika dengan angka seribu orang di Pulau Pinang sudah memberi kesan kepada beberapa pihak termasuklah peniaga, laluan jalan raya menjadi sesak berjam-jam, serta menganggu orang ramai yang lalu lalang  di sekitar. Semuanya akan lumpuh.

Gambarkan sendiri dengan angka ratusan ribu penunjuk perasaan di jalanan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Apa akan jadi kepada pihak-pihak seperti yang saya nyatakan di atas. Semuanya akan terjejas sumber rezeki dek kerana perangai-perangai bingai segerombolan penyokong Bershit 2.

Tambah Pewaju lagi, kenapa pihak polis tidak menjalankan tugas yang sepatutnya iaitu melindungi rakyat dan kenapa membiarkan demonstrasi itu dibuat sedangkan mereka (polis) sudah tahu lebih awal. Puihhhh nak muntah rasanya bila membaca ayat bodoh seperti ini. Memang suka jilat balik air liur yang diludah.

Inilah kata-kata bodoh wartawan yang dah tahu demonstrasi adalah menyusahkan rakyat tetapi setiap hari seringkali membuat provokasi supaya rakyat penyertai perhimpunan Bershit 2 pada 9 Jul 2011..... >>> MK

“Polis tidak menghalang penyokong yang menimbulkan kekacauan di atas jambatan Pulau Pinang selama setengah jam merupakan contoh yang terbaik

“Kenapa pihak polis tidak mengambil sebarang langkah pencegahan padahalnya telah mengetahui demonstrasi ini sehari sebelumnya?”

Pewaju juga mempersoalkan sikap dwi-standard polis yang bertindak keras terhadap himpunan BERSIH 2.0 tetapi membenarkan demonstrasi di Komtar yang ganas itu berlangsung,

Nizar 'arah' polis lepas aktivis PSM komunis tanpa syarat?

Apa lagi Nizar dan rakan DAP tidak berpuas hati terhadap penahanan 30 aktivis PSM yang ditolak permohonan mereka oleh mahkamah Tinggi untuk mengenepikan perintah tahan reman Mahkamah Tinggi Butterworth. Dengan angkuhnya menyarankan agar pihak polis membebaskan aktivis berkenaan tanpa syarat. Mungkin Nizar ingat polis di negara kita ni hak milik mutlak dia dan rakan pakatan DAP.


Ada ke patut tindakan polis menahan aktivis itu didakwa satu cubaan untuk menggagalkan perhimpunan haram pada 9 Jul 2011. Inikah tahap pemikiran bekas Menteri Besar PAS yang menjadi pujaan dan kuda DAP Perak. Nizar juga mengatakan aktivis yang ditahan tidak berniat untuk menghidupkan idealogi komunis dan hanya menggunakanny sebagai lambang perjuangan bekas-bekas komunis.

Ini bermakna, Nizar sendiri menyokong perjuangan idealogi komunis jika beranggapan sedemikian. Adakah mereka fikir rakyat bodoh untuk membuat penilaian tentang kewujudan anasir komunis dalam perhimpuna Bershit 2. Jika sudah nyata menggunakan lambang serta pemimpin komunis, tidak perlu menuding jari kepada pihak polis kerana kesalahan ini agak serius.

Nizar sekali cuba mempertikaikan kenapa masih banyak buku-buku berkaitan dengan idealogi dan perjuangan komunis di pasaran? Adakah itu tidak menyalahi undang-undang?. Jawapannya mudah, sebab kepala otak Nizar sebenarnya sudah beku oleh sebab termakan pujukan rakan DAP.

Dalam konteks penahanan aktivis ini jauh berbeza dengan buku sejarah yang mencetikan perihal berkaitan perjuangan komunis. Ada ketikanya buku yang berkaitan dengan komunis turut dijadikan sumber rujukan ilmiah bagi memahami sejarah pengkhianat di negara ini.

Manakala apa yang cuba ditonjolkan oleh 30 aktivis PSM JELAS, NYATA, dan TERBUKTI apabila semasa penahanan turut menjumpai ratusan risalah dan item-item yang berkaitan komunis. Malah, sengaja menghasut orang ramai supaya menyertai perhimpunan Bershit 2 di Kuala Lumpur 9 Jul akan datang. Tindakan ini dilihat dari sudut cuba mengambil kesempatan sekiranya negara huru hara akibat perhimpunan haram berkenaan seterusnya mengikut agenda DAP ibarat 'api dalam sekam'.

Baca selanjutnya ...... >>> DISINI

Kata NIZAR....

“Tidak sewajarnya kemeja-T dijadikan satu kesalahan sedangkan hari ini masih banyak buku-buku yang menceritakan kisah Chin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM) dijual di kedai-kedai buku,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.

Mohammad Nizar berkata, jika dengan hanya menggunakan kemeja-T polis mengaitkan PSM dengan komunis ia adalah sesuatu yang amat keterlaluan.

“Mengapa ia menjadi satu kesalahan dan saya amat berharap kesemua mereka dapat dibebaskan tanpa ada sebarang syarat,” katanya.

Saturday, July 02, 2011

8 orang lagi ditangkap di Kedah cuba jual baju Bershit...!

Lima lelaki dan tiga wanita, termasuk timbalan ketua pemuda PKR Kedah Gooi Hsiao Leung ditangkap kira-kira jam 9.20 pagi ini di Alor Setar kerana didakwa merancang menyemarakkan kempen BERSIH 2.0. Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH.

Sebelum sidang media mereka yang dijadualkan di Pekan Cowboy, Alor Setar sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.

Laporan yang dibuat wartawan Balacikini cuba menyalahkan pihak polis mengenai tangkapan berkenaan seolah-olah tangkapan berkenaan tidak bersebab. Inilah mentaliti wartwan Balacikini yang memang pakar dalam pemutar belit.

Gooi cuba mempertikaikan tindakan pihak polis menahannya tetapi KPD tidak melayan dan terus membawanya ke balai polis untuk tindakan seterusnya. Kalau dah terbukti kamu berhimpun untuk mengedarkan baju dan risalah berkaitan dengan bersih, tidak perlu nak berdolak dalih.

Memang Susan Loonie wartawan Balacikini kaki putar dan cuba mencari publisiti murahan. Sama seperti apa yang dilaporkan mengenai perarakan NGO's di Pulau Pinang semalam yang hanya melaporkan 300 walhal hakikatnya lebih dari angka 1000 orang. Nampak sangat mereka sudah merasa tekanan daripada kebangkitan rakyat yang 'MENYAMPAH' dengan pembangkang hari ini.

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox