PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, July 04, 2011

Jangan mengaku kalah dengan titah YDP Agong, kata Aziz Bari...!

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong adalah payung rakyat jelata yang merupakan ketua negara. Kedudukannya ditempat yang paling tertinggi sememangnya sudah termaktub dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak sekalipun. Begitu juga dengan Perlembagaan Malaysia yang merupakan undang-undang tertinggi yang tidak boleh dicabar status dan kedudukannya.

Apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah mengenai penganjuran perhimpunan haram Bersih 2 semalam >DISNI<. Aziz Bari yang sebelum ini mendesak campurtangan Yang Dipertuan Agong, mengeluarkan kenyataan bahawa penganjur tidak perlu mengaku kalah. Kata Aziz.. >DISINI<

"Berunding tak semestinya kekalahan pada Bersih,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut Aziz, ini kerana Seri Paduka Baginda bertitah berunding dan ini boleh memberi makna laksanakan tuntutan supaya pilihan raya yang adil dan bebas diadakan.

“Ringkasnya kedua-dua pihak perlu bersedia berunding dan rujukannya perlu Perlembagaan Persekutuan,” kata pakar perlembagaan ini.

Justeru itu,apa sebenarnya niat penganjur Bershit? Pernah stu ketika, SPR dan pihak polis sedia memberi ruang di meja rundingan untuk menyelesaikan perkara ini. Tetapi, ianya ditolak mentah-mentah oleh penganjur berSHIT. Tawaran polis supaya penganjur mengadakan perhimpunan di stadium adalah tidak relevan dan sebagainya. Kenapa jalanraya di ibu kota juga yang dipilih? Rakyat sedar akan matlamat sebenar penganjur kerana majoriti rakyat tidak lagi menjadi hamba kebodohoan pihak pembangkang yang cuba menggugat kestabilan politik di negara ini.

Begitu juga dengan tawaran yang dibuat oleh SPR melalui meja rundingan kepada penganjur berSHIT 2 tetapi tidak diendahkan >DISNI< dengan alasan tuntutan yang dibuat pada tahun 2007 masih tidak ditunaikan oleh SPR. Betul ke? Kalau tdak masakan empat buahn negeri berjaya di tawan oleh pihak pembangkang pada PRU-12 yang lalu.


Pokok pangkalnya, penganjur berSHIT mempunyai angenda tersirat yang sudah diketahui umum bahawa kedegilan ingin meneruskan demonstrasi haram pada 9 Jul 2011 nanti ada muslihat. Mereka sengaja ingin memberi tontonan kepada dunia bahawa kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat kini mendapat tentangan.

Ketika itu, media-media antarabangsa akan membuat liputan mengenai demonstrasi haram ini yang sudah tentu diwakili oleh media-media yang berpihak kepada parti pembangkang. Sepertimana yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini yang masih tidak mencapai jalan penyelesaian.

Inilah perancangan sebenar penganjur Bershit 2 untuk mengadakan demonstrasi jalanan pada 9 Jul 2011 nanti. Ianya sudah tentu dikepali oleh Melayu penderhaka bernama Anwar Al Juburi kerana Ambiga hanyalah boleh disifatkan sebagai 'Kambing Hitam' dalam penganjuran Bersih 2.

DENGAR CERITA MAT SABU TAK TAKUT ISA...! BERSEDIA KENA TAHAN ISA..! TENGOKLA NANTI MAT SABU..!

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox