PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, July 02, 2011

Apabila TV Selangor bertaraf jamban membuat ulasan...!

Nak tergelak mendegar kata-kata Mat Sabu Hitler malaysia apabila beliau menyebut bahawa sepatutnya Pakatan Rakyat sudah memerintah Malaysia pada PRU-12 yang lepas. Kegagalan itu disebabkan katanya disebabkan ketidaktelusan SPR dalam menguruskan pilihanraya.

Ditambah pula dengan ulasan oleh TV Selangor bertaraf jamban yang turut menyokong dakwaan Mat Sabu gila kuasa. Memang gila kuasa, tetapi mereka lupa bahawa kemenangan yang diperolehi oleh kerajaan sediada hari ini adalah undi majoriti rakyat yang masih setia dibelakang kerajaan.

Qada'dan Qadar Allah mereka ketepikan demi kepentingan kuasa politik. Belum ada pimpinan PAS yang mengaku ulamak menyifatkan kekalahan Pakatan Rakyat dalam PRU dan PRK perlu diterima dengan hati terbuka sebagai ketentuan daripada Allah SWT. Mereka hanya tahu bahawa kekalahan itu disebabkan ketidaktelusan SPR dalam menjalankan amanah.

Menariknya, Mat Sabu tidak pernah menyebut bahawa kemenangan mereka di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor serta Perak (hanya 11 bulan) turut dipengaruhi oleh unsur-unsur penyelewengan SPR. Kenapa ini berlaku? Sudah tentu saudara pembaca dapat memahaminya dan tidak perlu dihuraikan panjang lebar.

Inilah video yang dimuatkan oleh TV Selangor bertaraf jamban yang ingin mengesploitasi pemikiran rakyat bahawa SPR tidak bersih dalam menjalankan tugas ketika pilihanraya.



TENGOK MAT SABU TERINGAT DIA GELAR ANWAR AL JUBURI...!

Kerajaan PAS Kelantan 'mengelabah' dengan kehadiran PM...!!!

Sombong atau takut, itulah yang bermain di pemikiran masyarakat di Buluh Kubu terhadap sikap kerajaan Pas Kelantan yang enggan memberi kelulusan untuk majlis makan bersama rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak, yang datang melawat Kelantan esok.

Menurut Pak Rahim berkata sepatutnya Najib makan malam bersama rakyat Kota Bharu di Buluh Kubu esok namun pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tidak memberi kebenaran atas alasan jalan itu adalah sibuk dan majlis makan malam itu akan menghalang lalulintas.

Penduduk kampung merasakan ianya bukanlah alasan yang kukuh kerana aliran trafik boleh rancang bagi laluan alternatif. Sebenarnya mereka tidak mahu rakyat Kelantan bertemu Najib dan tidak mahu Najib melihat keburukan pentadbiran Pas yang gagal sedia rumah murah untuk rakyatnya.

Biarpun 20 tahun memerintah, Pas tidak pernah bina rumah murah untuk rakyat. Mungkin kerajaan Pas hendak tutup malu atau mereka sombong tidak mahu Perdana Menteri tegur kesilapan mereka.

Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh kebanyakkan masyarakat di Kota Bharu terutama golongan muda tidak mampu memiliki rumah disebabkan harga rumah di bandar itu mencecah RM200,000 sendangkan pendapatan golongan muda adalah rendah iaitu RM1,000 sebulan. Malah, golongan muda ini hanya mampu menyewa dan ada diantara mereka terpaksa hidup di rumah emak dan ayah mereka, biarpun sudah berkeluarga.

Sehingga kini lebih daripada 2,800 rakyat di Kota Bharu memerlukan rumah mampu milik dan secara keseluruhan di Kelantan seramai lebih 6,364 rakyat di negeri Kelantan di seluruh daerah memerlukan rumah mampu milik itu.

Kegagalan menyediakan rumah mampu milik itu adalah disebabkan kepimpinan Pas Kelantan yang gagal menyediakan rumah sejak 21 tahun memerintah Kelantan. Justeru itu, Umno merasakan bertanggungjawab untuk memperjuangkan keperluan itu untuk rakyat.

Hidup gelombang Merah...!!!!!!

Friday, July 01, 2011

Pintu rundingan sudah ditutup, ISA bakal digunakan..kata Timbalan KPN..!

Syabas PDRM..!!!, Bayangan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal menjelma dan digunakan kepada penganjur perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Jul 2011 jika diteruskan. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Dato Seri Khalid Abu Bakar - Timbalan KPN pada sidang media hari ini. Dalam masa yang sama pihak polis telah 'MENUTUP' pintu rundingan dengan mana-mana pihak yang tetap dengan pendirian meneruskan perhimpunan haram nanti.

Berdasarkan kenyataan itu, saya berpendapat pihak polis sedang dalam perancangan untuk melakukan tangkapan secara besar-besaran kepada pimpinan tertinggi pengajur Bersih 2.0. Manakala ianya tidak terkecuali bagi mana-mana pertubuhan seperti Patriot, Perkasa, Persatuan Silat dan lain-lain yang turut menyatakan komitmen untuk turun berhimpun pada 9 Jul nanti.

Tambahnya, pihak polis akan menggunapakai semua peruntukan undag-undang bagi mengekang perhimpunan haram ini. Yang jelas ISA bakal dikenakan kepada penghasut rakyat untuk menyertai Bersih.

Dalam pada itu, NGO's seperti Perkasa, Patriot, Persatuan Silat, Persatuan Belia dan lain-lain lagi sudah jelas menyatakan pendirian mereka bahawa sekiranya Bersih tetap diadakan, mereka akan meneruskan perarakan menghalang pendemo-pendemo haram untuk mencetuskan huru hara di ibu negara. Mudahnya, mereka dilihat bersedia untuk diambil tindakan atas apa yang bakal berlaku nanti.

Jika diamati, perarakan oleh kumpulan penyokong kerajaan di Pulau Pinang hari ini sudah jelas memberi implikasi kepada penduduk sekitar. Antaranya menyebabkan laluan jalan raya mengalami kesesakan sehingga kenderaan terpaksa berhenti di tenga-tengah jalan. Manakala, majoriti peniaga di sekitar tempat perarakan terpaksa menutup premis-premis perniagaan takut berlaku kejadian yang tidak diingini.

Bayangkan, jika Bersih yang berhasrat mengumpul ratusan ribu rakyat akan mewujudkan implikasi yang sama seperti hari ini. Bahkan, lebih dari itu, kerana sudah tentu ianya akan memberi kesan kepada pengguna jalanraya di sekitar tempat perhimpunan dan juga peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur. Sepertimana yang berlaku pada tahun 2007 yang mengakibatkan ramai peniaga-peniaga mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda mereka ketika bertempur dengan pihak keselamatan.

Justeru itu, kepada penganjur bebal keras kepala Bersih 2, bersiap sedialah kamu semua dengan semboyan ISA yang bakal dikenakan terhadap kamu sekiranya tetap berkeras ingin mengadakan perhimpunan pada 9 Jul 2011.

Bersedialah DAP dengan kebangkitan Melayu walau hilang nyawa sekalipun...!

Kebangkitan Melayu mula terserlah apabila ribuan umat Islam di Pulau Pinang hari ini turun beramai-ramai berarak dijalanraya mendesak Lim Guang Eng berundur kerana menyokong agenda komunis di sebalik tabir Bersih. Penahanan 30 aktivis PSM di negeri itu baru-baru ini jelas menzahirkan pemimpin DAP itu bersekongkol menyerap idealisme komunis supaya kembali bertapak di negara ini.

Saya percaya, saudara Ezam dan ketua Pemuda UMNO Negeri yang ditahan polis tidak gentar kerana apa yang dilakukan adalah semata-mata ingin memperjuangkan agenda Melayu yang 'dimamah' oleh DAP komunis.

Kita menjangkakan, semangat ini akan terus kekal malah akan bertambah menjelang 9 Jul 2011 akan datang semasa perhimpunan Bersih 2 di Kuala Lumpur. Apa yang berlaku ini memberi isyarat jelas bahawa majoriti Melayu hari ini tidak lagi berpeluk tubuh untuk memperjuangkan haknya. Kecuali segelintir Melayu dalam PAS dan PKR yang masih berdegil menyokong perjuangan DAP komunis.

Malah, boleh dikatakan bahawa majoriti Melayu yang selama ini hanya menjadi pemerhati seolah-olah sudah bangkit untuk berdepan dengan segala rintangan dan halangan. Justeru, bersiap sedialah kepada Cina DAP bahawa ini bukan saja amaran tetapi akan diterjemahkan dalam Bersih 2 nanti. Ingatlah, bahawa jika Melayu bersatu seperti ini, mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan kamu waima terpaksa berkorban nyawa sekalipun.

Gambar dibawah dipetik dari rakan-rakan blog untuk dikongsi bersama...




Penganjur Bersih semakin terdesak sehingga menyeru campurtangan YDP Agong..!

Nampak gaya pembangkang semakin terdesak mengenai pengajuran Bersih 2 berikutan kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Prof Aziz Bari yang menyeru supaya Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong masuk campur. Katanya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0. Baca selanjutnya .>>>> DISINI

Kenyataan ini terpaksa dibuat memandangkan penganjuran perhimpunan haram bersih 2 semakin hari mendapat tentangan yang kuat dari pelbagai pihak di pelusuk negeri. Boleh dikatakan setiap hari ada saja laporan polis dibuat di seluruh negara oleh NGO's mengutuk penganjuran perhimpunan haram ini.

Begitu juga dengan tindakan drastik pihak polis yang mula mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menonjolkan perhimpunan haram berkenaan. Ini termasuklah, menghentikan mana-mana ceramah yang menyentuh dan menghasut rakyat supaya hadir ke perhimpunan tersebut. Begitu juga, mereka yang cuba menonjolkan diri dengan lambang yang tertera Bersih 2.0.

Justeru itu, tidak ada jalan lain untuk mereka meneruskan agenda menyusahkan rakyat pada 9 Jul 2011 kecuali mengheret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kononnya apa yang berlaku hari ini merupakan satu pencabulan ke atas Hak Perlembagaan.

Kepada Prof Aziz Bari, sesungguhnya anda tidak menggunakan sepenuhnya ilmu yang ada pada diri anda untuk majoriti rakyat dan hanya berfikir untuk satu kelompok yang selairan dengan anda sahaja. Adakah anda sengaja memejam mata bahawa Perhimpunan Bersih 2 kali ini mendapat tentangan yang kuat dari pelbagai pihak? Jangan terlalu membela sesuatu parti, maka fakta ini diletakkan ketepi bagi meraih simpati Ketua Negara?

Sesungguhnya, rengungkanlah titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ini sempena hari Keputeraan Baginda yang lalu untuk difahami dengan jelas dan tidak hanya berfikir di luar kotak walaupun anda bergelar Profesor....

"Baginda dalam titah ucapan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong esok, bertitah bahawa rakyat negara ini telah sama-sama membuktikan bahawa walaupun berbeza agama, budaya dan cara hidup, mereka masih dapat tinggal bersama dalam keadaan aman sentosa dan saling menghormati.

Namun, titah baginda, masih ada pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman dengan membangkitkan isu-isu sensitif bagi agenda peribadi mereka.

"Beta yakin, rakyat Beta yang cintakan perpaduan tidak akan mudah terpengaruh dengan hasutan ini dan Beta mahu rakyat Malaysia mengekalkan perpaduan ini demi kesejahteraan tanah air yang tercinta ini," titah baginda dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

"Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini bukanlah datang bergolek malah hanya dapat dikekalkan dengan perpaduan dan kerjasama di antara semua warga tanpa mengira kaum dan agama," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa syukur kerana untuk tempoh setahun yang lalu, Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan sentosa tanpa huru-hara yang mengganggu-gugat kesejahteraan rakyat.
Selanjutnya baca...>>>> DISNI

Padah menonjolkan imej komunis, Mahkamah Tinggi ketepikan permohonan 30 ahli PSM..!

Kalau dah jelas menonjolkan imej komunis bersedia untuk menerima padah. Inilah yang berlaku kepada 30 anggota parti PSM yang telah diketepikan permohonan mereka supaya Mahkamah Tinggi menyemak semula perintah tahan reman yang dikenakan ke atas mereka.

Menariknya, Hakim Mahkamah Tinggi menyifatkan kesalahan di bawah Sek.122 Kanun Keseksaan adalah amat bersesuaian dan seruis. Tambahnya lagi, "Kesalahan di bawah seksyen ini adalah melibatkan keselamatan negara, keselamatan saya, keselamatan anda semua, keselamatan anak-anak saya, keselamatan cucu-cucu saya dan juga keselamatan kita semua,"

Baca selanjutnya   >>> DISINI

" INGAT PSM DAN DAP, INGAT KEKEJAMAN KOMUNIS KEPADA ORANG-ORANG MELAYU DI NEGARA INI SATU KETIKA DULU"

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox