PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, May 31, 2011

Kenaikan tarif elektrik : Bagaimana pula soalan lazim untuk TNB dan kerajaan?

Jika Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan beberapa soalan lazim mengenai kenaikan tarif elektrik baru sebanyak 7%, kenapa rakyat tidak mempunyai soalan lazim yang simple untuk ditujukan balik kepada kementerian ataupun kerajaan. Kementerian semestinya telah mengemukakan cadangan ini terlebih dahulu kepada kerajaan untuk diteliti sebelum diluluskan.

Justeru, nak tak nak kerajaan terpaksa memberi jawapan yang konkrit untuk menyakinkan rakyat mengenai kenaikan tarif ini. Jika tidak momentum sokongan rakyat kepada kerajaan berkemungkinan akan berbelah bagi sekaligus menjadikan 'tsunami politik' tahun 2008 yang menyaksikan beberapa buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang. Ini adalah realiti bukannya mimpi kerana kemenangan Pakatan Rakyat ketika itu disebabkan rakyat tidak berpuas hati terhadap kerajaan lantas melakukan undi protes. Justeru itu, adakah kerajaan tidak mengambil iktibar daripada peristiwa itu ketika kita digembar gemburkan mengenai tarikh pilihanraya umum yang ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Persoalannya adakah angka-angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan soalan lazim di bawah difahami dengan begitu jelas oleh semua lapisan rakyat? Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan tahap kedudukan kemampuan kewangan mereka bermula daripada jawatan Perdana Menteri, Menteri-menteri, kakitangan swasta, kakitangan kerajaan dari Gred A sehingga ke pembantu Am Rendah. Begitu juga golongan peniaga yang berstatus kelas A sehingga kelas rendah. Ini tidak termasuk MAJORITI rakyat biasa yang hidup di kampung-kampung yang menjadi sasaran kerajaan ketika berkempen pilihanraya untuk mengundi parti kerajaan.

Untuk itu, cuba kita bezakan jurang kemampuan kewangan di antara semua golongan di atas bermula daripada golongan atasan yang mewah sehingga kepada rakyat biasa yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika yang berjawatan tinggi, mereka diberi banyak kemudahan pendek kata tidak banyak memikirkan soal beban kewangan untuk perbelanjaan sara hidup. Namun jika, golongan rakyat biasa yang mempunyai putara pendapatan rm2000.00 ke bawah, semestinya perlu membuat 'bajet' yang secukupnya bagi memastikan mereka tidak menghadapi masalah beban kewangan setiap bulan.

Malah, satu perkara perlu dijelaskan kepada kerajaan bahawa adakah soalan lazim itu diambil peduli oleh rakyat biasa yang berpedapatan rendah? Saya percaya isu kenaikan tarif ini akan 'DIMANIPULASI' seluas-luasnya oleh pihak pembangkang untuk mempengaruhi rakyat. Yang pasti, soalan itu harus ditujukan kepada golongan tertentu sahaja untuk difahami sejelasnya seperti, profesional, pakar ekonomi, ahli akademik, pegawai-pegawai di kementerian berkaitan, serta tokoh-tokoh yang berkecimpung dalam bidang yang berkaitan dengan ekonomi.

Bagi rakyat biasa, sudah tentu kenaikan tarif ini akan memberi beban kepada mereka. Ini tidak termasuk lagi rungutan daripada pemilik-pemilik industri yang rata-rata mengguna pakai tenaga elektrik secara maksima dalam menjana operasi syarikat masing-masing.Pengumuman ini dilihat memberi kelebihan kepada pembangkang untuk 'manipulate' yang sudah tentu menjejaskan momentum sokongan rakyat kepada kerajaan. Untuk itu, kerajaan pelu mengkaji semula kenaikan tarif ini jika tidak mahu 'gelombang' kemarahan rakyat kepada kerajaan berulang kembali sepertimana yang berlaku dalam Plihanraya Umum yang ke-12 tahun 2008.


SOALAN LAZIM

Sebelum itu, tengok dulu gaji 'orang-orang kuat TNB' untuk tontonan umum dan kerajaan seharusnya menerima hakikat ini. Rakyat sudah cerdik dan bukannya macam dulu lagi. Maklumat hari ini dihujung jari. Kerajaan perlu ingat...gambar diperik dari blog >> Sungai Rapat online 



KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan satu senarai soalan-soalan lazim ditanya mengenai tarif baru elektrik:

1. Bilakah tarif baru ini akan berkuat kuasa?

Tarif baru elektrik akan berkuat kuasa pada 2 Jun 2011.

2.Berapakah jumlah peningkatan tarif elektrik yang disemak semula?

a)Purata tarif elektrik akan bertambah sebanyak 2.23 sen/kWj atau 7.12 peratus daripada 31.31 sen/kWj kepada 33.54 sen/kWj.

Peningkatan 7.12 peratus ini terdiri daripada:

*5.12 peratus atau 1.60sen/kWj akibat peningkatan harga gas asli bagi sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU sejajar dengan peningkatan harga-harga tenaga global; serta
*2.0 peratus atau 0.63sen/kWj bagi TNB memperolehi semula sebahagian daripada peningkatan kos bekalan elektrik sejak semakan semula tarif asas pada Jun 2006.

b)1.0 peratus yang dikenakan ke atas bil bulanan pengguna sebagai "Feed-in-Tariff (FiT)" untuk mempromosikan Tenaga Boleh Baharu RE). Pengguna-pengguna domestik dengan penggunaan kurang daripada 300kWj/bulan akan dikecualikan.

3.Apakah kadar-kadar khas atau diskaun yang ditawarkan kepada pengguna-pengguna?

Pakej semakan semula tarif juga memberikan kadar-kadar khas dan diskaun seperti berikut:

*Diskaun 10 peratus ke atas bil-bil elektrik yang kini dinikmati oleh sekolah-sekolah kerajaan, institusi pengajian tinggi kerajaan, tempat-tempat ibadat serta rumah-rumah kebajikan yang berdaftar dengan kerajaan telah dikekalkan. Diskaun 10 peratus tersebut akan merangkumi juga institusi-institusi pendidikan yang dibiayai separuh oleh kerajaan;

*Pengguna-pengguna Pengstoran Tenaga Termal(TES) akan menikmati dskaun yang lebih tinggi bagi penggunaan elektrik bukan waktu kemuncak;

*Pengurangan caj "standby" bagi penjana bersama untuk menggalakan inisiatif-inisiatif Teknologi Hijau, Keberkesanan Tenaga serta Pengurusan Bahagian Permintaan (DSM); dan

*Syarikat-syarikat rawatan air, pengagihan air serta pembentungan dikategorikan di bawah Tarif Industri.

4.Berapakah purata peningkatan bil elektrik bagi setiap segmen pengguna?

Pengguna-pengguna industri akan mengalami purata kenaikan sebanyak 8.35 peratus (dari 6.2 peratus hingga 10.3 peratus). Sementara pengguna-pengguna komersil akan mengalami purata kenaikan sebanyak 8.35 peratus (dari 6.2 peratus kepada 10.3 peratus).

Bagaimanapun, semua pengguna domestik dengan penggunaan bulanan sehingga 200kWj (jaluran penggunaan asas) dan 100kWj berikutnya tidak akan terjejas dengan peningkatan tarif. Pengguna domestik dalam jaluran ini akan terus menikmati kadar unit subsidi sebanyak 21.8 sen/kWj dan 33.4 sen/kWj masing-masing.
Pengguna domestik dalam jaluran 301 hingga 400 kWj sebulan akan mengalami kenaikan minima bil elektrik (iaitu 0.1 -6.0 peratus atau RM0.07 – RM6.60).

5.Apakah kesan terhadap pengguna Jaluran Penggunaan Asas?

Jaluran Penggunaan Asas dikekalkan pada 200kWj/bulan. Pengguna Domestik dalam jaluran penggunaan asas tidak pernah mengalami sebarang peningkatan tarif elektrik sepanjang pengubahsuaian tarif yang lalu sejak 1997. Kira-kira 3.3 juta isi rumah akan terus menikmati kadar unit subsidi sebanyak 21.8 sen/kWj. Bilangan isi rumah ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah golongan miskin (iaitu pendapatan kurang daripada RM750 sebulan).

6.Apakah tujuan utama semakan semula tarif elektrik?

Kenaikan tarif elektrik adalah sebahagian besarnya disumbang oleh peningkatan harga gas asli terhadap sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU (28 peratus) berkuat kuasa daripada 1 Jun 1 2011.

Peningkatan harga gas asli tidak dapat dielakkan disebabkan kenaikan harga-harga tenaga global sejak 2009 dan ianya berdasarkan mekanisme harga gas asli oleh kerajaan di mana harga tersebut disemak semula secara bertempoh sejajar dengan tren harga pasaran Minyak Bahanapi Medium (MFO).

Oleh kerana kos gas asli menyumbang kira-kira 54.2 peratus daripada jumlah kos campuran bahanapi (tahun kewangan 2010), kos tambahan bahanapi yang disebabkan oleh semakan semula harga gas diterjemahkan dalam bentuk peningkatan tarif elektrik pengguna.

7.Bagaimanakah harga gas ditentukan?

Harga-harga gas ditentukan berasaskan harga bahanapi alternatif. Sebagai contoh, jika minyak bahanapi digunakan dalam penjanaan tenaga dan jika gas digunakan untuk menggantikan minyak bahanapi sebagai sumber tenaga maka harga gas akan menjadi sama seperti minyak bahanapi. Kebiasaan penggunaan harga gas secara relatif kepada bahanapi alternatif (contoh harga-harga minyak bahanapi) ini telah digunapakai di semua negara-negara di rantau ini.

Mengikut sejarah, sektor tenaga di Malaysia telah menggunakan minyak bahanapi untuk menjana elektrik. Bagi menawarkan insentif-insentif kepada sektor tenaga supaya menukarkan daripada minyak bahanapi kepada gas, sejajar dengan yang dipraktikkan secara antarabangsa, harga-harga gas ditambatkan kepada harga-harga minyak bahanapi, yang didagangkan dan disiarkan secara meluas.

Oleh itu, harga-harga minyak bahanapi telah digunakan sebagai rujukan untuk menentukan harga gas di Malaysia untuk menjana tenaga.

Formula harga gas yang telah dipersetujui antara pembeli dan penjual telah disebutkan di dalam perjanjian-perjanjian penjualan gas (GSA).

Ia memberikan ketelusan antara kedua-dua pihak. Harga-harga gas yang ditentukan berasaskan formula harga gas yang dipersetujui akan bergerak mengikut harga-harga pasaran minyak bahanapi.

8.Bagaimanakah subsidi gas ditentukan?

Subsidi dirumuskan sebagai perbezaan antara harga pasaran (iaitu harga yang ditentukan daripada formula harga yang dipersetujui) dan Harga Tetap Kerajaan (harga subsidi).

Buat masa ini harga pasaran untuk gas bagi sektor tenaga adalah kira-kira RM 47.42 setiap MMBTU sementara harga subsidi ialah RM 10.70 per MMBTU. Oleh itu, perbezaan antara harga pasaran dan harga subsidi, adalah RM36.72 setiap MMBTU.

9.Apakah kesan kos subsidi gas terhadap negara?

Sehingga akhir 2010, PETRONAS telah membelanjakan kira-kira RM131.3 bilion untuk subsidi gas kepada kedua-dua sektor tenaga dan bukan-tenaga.

Sekiranya harga-harga gas kekal tidak berubah (iaitu RM 10.70 setiap MMBTU untuk sektor tenaga; RM 15.35 setiap MMBTU untuk sektor bukan tenaga), ini akan melibatkan kira-kira RM27 bilion subsidi pada 2011. Oleh kerana keadaan tersebut tidak tertanggung lagi, kerajaan tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menstruktur semula subsidi gas. (Nota: Anggaran subsidi gas adalah berasaskan harga minyak bahanapi sebanyak USD 93.98 se tong dan kadar pertukaran sebanyak RM3.0467/AS$).

Memikul beban subsidi akan menghadkan keupayaan PETRONAS untuk menyumbang dalam bentuk dividen dan cukai-cukai korporat. Ia juga menghadkan keupayaan PETRONAS untuk melabur semula bagi mengekalkan aliran pulangan pendapatan di masa hadapan. - BERNAMA

Sumber :   > BERITA HARIAN <

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox