PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, April 27, 2011

Tunai Janji : 1,500 Unit PPR Dibina Di Gua Musang

GUA MUSANG, 27 April (Bernama) -- Sebanyak 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan kos RM200 juta akan mula dibina di Gua Musang tidak lama lagi, kata Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata walaupun berlaku sedikit kelewatan ekoran beberapa masalah teknikal, keseluruhan projek dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun.

"Kita akan lakukan pengagihan rumah secara adil dan mereka yang memperoleh rumah itu nanti diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menjual rumah kepada orang lain bagi mendapat keuntungan singkat," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pakej pertama 1,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Bandar Baru, dekat sini, Rabu.

Tengku Razaleigh berkata pakej kedua sebanyak 500 unit lagi akan dibina selepas ini apabila masalah tanah tapak projek diselesaikan.

Beliau berkata rumah itu pada asasnya dibina dengan kos lebih RM80,000 seunit tetapi kerajaan bersetuju memberi subsidi kepada penduduk yang layak dengan harga hanya RM35,000 seunit.


Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox