PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, April 13, 2011

Strategi 'habuan' kepada Pengundi oleh Pembangkang di Sarawak..!!

DAP dan Pakatan Rakyat yang lain di Sarawak sudah mengadakan satu perjumpaan khas bagi  mengatur strategi terakhir untuk mendapatkan kemenangan di Sarawak. Antaranya termasuklah memberikan 'habuan' tertentu kepada pengundi sekiranya masih gagal mendapat majoriti dua pertiga. Perkara ini turut diakui oleh beberapa pemimpin pembangkang yang menyifatkan kehadiran PM ke Sarawak telah mengubah sedikit momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.


Agak terkejut dan hairan kenapa mereka sanggup melakukan perkara sedemikian sedangkan selama ini mereka asyik menuduh kerajaan selalu menggunakan taktik itu untuk memancing undi. Inilah yang dikatakan pakatan haprak pembangkang yang berperangai lebih buruk daripada BN dalam usaha mendapatkan undi daripada rakyat Sarawak.

Memang diakui bahawa kedudukan kerusi yang dipertandingkan di kawasan bandar dilihat agak tercabar tetapi ianya berbeza dengan sokongan rakyat di kawasan pedalaman yang masih kuat dan setia berpihak kepada BN.

Apakah bentuk 'habuan' yang akan diberikan tidak dapat dipastikan lagi kerana menunggu masa yang sesuai untuk disuap kepada rakyat Sarawak berkemungkinan dalam tempoh sehari sebelum hari pengundian pada 16 Apr 2011..

AJ

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox