PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, April 02, 2012

Sesiapa kakitangan awam nak kira gaji baru layari web JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my Jumaat lalu membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Gaji baru itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata,  pekeliling itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

"Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus hingga sembilan peratus dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan," katanya di dalam Pekeliling berkenaan - Sinar Harian

Nak kira gaji baru klik DISNI.



No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox