Rakyat Selangor seringkali diberi gambaran betapa hebatnya kerajaan negeri mentadbir. Dan seringkali pertambahan simpanan tetap atau tunai dijadikan dasar bahawa kejayaan itu tidak pernah dinikmati oleh kerajaan sebelum ini.
Kali ini, Khalid dengan bangganya mengumumkan kejayaan terbarunya ke atas pentadbiran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, salah satu anak syarikat kerajaan negeri.
Simpanan tunai PKPS diberitakan meningkat dengan mendadak dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM118 juta. Apakah ia hasil dari pengurusan yang cekap dan berhemah? Atau, apakah ianya berdasarkan keuntungan yang dibuat setelah hampir 4 tahun memerintah Selangor?
Jawapannya tidak. Terdapat dakwaan bahawa pertambahan nilai simpanan tunai PKPS itu adalah kerana keuntungan dari hasil jualan tanah milik PKPS di Sarawak.
Anehnya, Khalid bersungguh membuat kenyataan kononnya ianya adalah hasil dari pentadbiran yang cekap dari kerajaan negeri Selangor. Agak menghairankan sekiranya, pertambahan sebanyak kira-kira RM97 juta secara sekelip mata, sedangkan “track record” Khalid mentadbir Selangor sangat mendukacitakan, dengan hampir setiap anak syarikat negeri mengalami defisit perbelanjaan tahunan.
Keadaan yang sama juga berlaku, apabila Khalid mengumumkan simpanan tunai negeri stabil dengan kira-kira 1.1 Billion, dan mendabik dada bahawa ianya rekod yang tidak pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu! Sedangkan, Khalid terlupa, sewaktu 2008, BN meninggalkan sejumlah RM1.5 billion bersama dengan asset-asset kerajaan negeri seperti PKNS, Yayasan Selangor dan banyak lagi, yang akhir-akhirnya ini semakin galak digadaikan untuk tujuan aliran tunai!
Kembali kepada siu PKPS, dari satu sudut lain pula, sebagai sebuah kerajaan yang mendakwa telus, Khalid seharusnya lebih berani bersikap terbuka terhadap pentadbirannya. Khalid perlu berterus-terang dengan rakyat, dari mana datangnya hasil sebegitu banyak, kerana terdapat dakwaan hasil itu datangnya dari penjualan asset.
Ini penting, kerana sejak akhir-akhir ini, terdapat desas-desus bahawa akan ada dana asing yang ingin dibawa masuk oleh Penasihat Ekonomi Selangor gara-gara kenyataannya mempertahankan segala bentuk usaha untuk memastikan keselamatan negara haram Israel.
Secara politiknya, seorang opportunist seperti Anwar tidak mungkin mengucapkan sesuatu itu tanpa keuntungan peribadi. Dan Israel, yang didukung oleh Yahudi berorientasikan Zionis antarabangsa, dikenali mempunyai dana antarabangsa yang cukup besar.
Kata dua kepada Khalid, supaya mendedahkan dari mana dana tersebut diperolehi, supaya keraguan rakyat dapat dileraikan.
Atau, ianya terus dikekalkan kerahsiannya, maka teori Anwar sokong Yahudi, Yahudi beri dana akan terus menjadi buah mulut sekelian rakyat Selangor.
- Selangordaily.com
No comments:
Post a Comment