PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, March 19, 2012

Gambar yang dirakam saksi kes langgar lari pelumba basikal negara

Inilah gambar yang sempat dirakam oleh seorang saksi ditempat kejadian seorang ahli kelab lumba basikal Le Tua maut apabila dilanggar sebuah kereta proton saga di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah Gombak, 7.30 pagi semalam.



Mangsa, Rafizi hamdan, 37, yang juga merupakan sahabat karib Anuar Manan ketika itu dalam perjalanan ke Batu 12, Gombak untuk bersama rakan-rakan kelab yang lain. Mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah proton saga dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.



Pemandu proton saga tersebut terus melarikan diri tanpa menyedari nombor plat kenderaannya tertinggal di tempat kejadian. Walaubagaimanapun, pemandu itu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira kira tiga jam selepas kejadian. Suspek yang dibebaskan atas jaminan polis itu difahamkan enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi kejadian.

p/s : Sejak akhir-akhir ini semakin berleluasa kes langgar lari.

2 comments:

  1. langgar lari kerna takut undang-undang negara diambil alih oleh orangramai dijalanan..lari utk selamatkan diri dan terus kebalai polislah
    tindakan paling selamat!!!

    ReplyDelete
  2. Ada rasional gak tu sebab takut nanti dua-dua tercabut nyawa

    ReplyDelete


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox