PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, January 24, 2012

PR Perak terlampau takut sanggup guna SMS boikot program MB

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, mendedahkan ada pihak cuba menggagalkan Sambutan Tahun Baru Cina 2012 yang berlangsung di kediaman rasminya pagi ini dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) memaklumkan program itu dibatalkan.

Katanya, tindakan itu menunjukkan ada pihak yang tidak senang dengan usaha kerajaan untuk mengukuhkan hubungan dengan rakyat.

Sebelum ini, golongan anti kerajaan atau pun pembangkang bertindak mensabotaj bendera Barisan Nasional (BN), Umno mahupun poster yang tertera wajah Menteri Besar bersama isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli.


Ketika menjawab persoalan wartawan mengenai trend itu, Zambry berkata ia merupakan tindakan bodoh golongan yang tidak bertanggungjawab bagi mencemarkan imejnya, sekaligus menunjukkan rasa protes terhadap kerajaan negeri.

“Sekarang adalah musim perayaan Tahun Baru Cina di mana kita sepatutnya merayakannya tanpa mengira latar belakang politik masing-masing.

“Jika ucapan tahun baru saya kepada rakyat melalui poster pun disabotaj, ini jelas menunjukkan wujudnya individu yang gentar dengan hubungan erat yang bakal terbina antara pemimpin BN dengan rakyat.

“Malah, sebelum perayaan ini pun saya ada menerima maklumat berkaitan individu tertentu yang menyebarkan mesej yang kononnya Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasmi Menteri Besar dibatalkan,” katanya.

Tambah Zambry lagi, dalam soal sambutan perayaan, perbezaan dan politik sepatutnya diketepikan untuk sementara waktu sebaliknya lebih mengutamakan nilai murni di sebalik sambutan sesuatu perayaan itu.

“Ini musim perayaan… janganlah nak membeza-bezakan fahaman politik sebaliknya kita perlu bersama-sama gembira untuk meraikannya,” katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina di kediaman Menteri Besar di Ipoh, hari ini.

Sebelum ini, kain rentang yang tertera jemputan ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2012 dipasang atas jejantas berdekatan SMK Sam Tet menjadi mangsa vandalisme di mana poster bahagian mulut Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datin Seri Saripah Zulkifli telah ditoreh dan dikoyakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam dua insiden sabotaj sebelum ini, hanya Zambry dan UMNO menjadi mangsa khianat pihak pembangkang tetapi kini mereka nampaknya cuba mengheret sama isterinya, Saripah yang langsung tidak ada sangkut paut dengan dunia politik.

- Perak Today

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox