PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, December 18, 2011

Penyokong tegas PAS di Bachok menyertai UMNO

Seramai 120 penyokong Pas tegar di Kampung Beoh di sini berpaling tadah apabila mereka secara beramai-ramai keluar dari parti itu untuk menubuhkan cawangan Umno baru di kampung berkenaan, hari ini.

Borang penyertaan mereka diserahkan oleh ketua kumpulan itu Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua Umno Bahagian Bachok, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk kampung berkenaan.


"Dulu saya menyokong Pas 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita hasrat itu tidak tercapai," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang berkenaan.

Beliau berkata penyertaannya dalam Umno kerana inginkan perubahan kerana Pas ternyata gagal untuk melakukannya walaupun diberi peluang memerentah Kelantan hampir 22 tahun.

Mohd Nor berkata masih ramai lagi pengikutnya akan mengikuti jejaknya kerana inginkan perubahan yang mampu dilakukan oleh Umno.

Rakannya, Mohd Shafie Mohd Nor, 34, berkata beliau merasa kecewa kerana perjuangan Pas hanya lebih mementingkan kehidupan di akhirat dengan mengabaikan kehidupan di dunia.

"Kita mahukan kedua-duanya sebagaimana yang dituntut oleh Islam," kata Shafie yang sebelum ini menyertai Pas lebih 10 tahun lepas.

Sementara itu Dr Awang berkata, pihaknya gembira kubu kuat Pas sebelumnya telah dapat ditembusi hasil kerja keras anggota Umno menerusi gerakan gelombang merah.

Beliau berkata permohonan mereka akan diproses segera bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan baru yang akan diberi nama cawangan Umno Redang untuk menjadikan jumlahnya ke 151 cawangan dalam Umno Bahagian Bachok.

Katanya selain itu pihaknya juga sedang memproses sembilan lagi permohonan untuk menubuhkan cawangan baru Umno yang akan disertai 1,300 anggota sebahagian besarnya anggota Pas.

--KELATEKITO.NET

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox